Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tema Baju Raya 2024 : Hitam Itu Menawan Bertemu kembali kita . Dah Syawal keempat baru sempat nak muncul kat entri blog . Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog CCL . Ampun maaf dipinta andai tertulis yang tak sepatutnya , terkomen yang menguris hati . Harap dimaafkan segalanya . Salam kosong-kosong yer . Sepatutnya entri ni dikeluarkan hujung-hujung puasa . Disebabkan sibuk sedikit so CCL edit sedikit entri ini untuk dipublishkan .
Minggu akhir Ramadan baru settle persiapan baju raya untuk tahun ni .Mood raya tahun ni memang tak berapa nak ada, tetapi tetap beli juga baju raya semampu yang boleh untuk mak ayah dan juga adik-adik . Cuma untuk tahun ni baju raya untuk diri sendiri sahaja tak beli , decide pakai sahaja baju mana yang ada . Sebab lepas raya lagi banyak nak pakai duit settlekan apa yang kena settle . So tahun ni kena berjimat cermat sedikit .
Seperti biasa untuk setiap tahun memang CCL yang akan decide tema warna , so family akan ikut sahaja tema warna tersebut . Janji semuanya ada baju raya untuk dipakai pagi raya . Umumnya untuk setiap tahun memang CCL akan beli online sahaja lebih mudah kerja . Untuk tema raya tahun ni warna adalah warna hitam. Walaupun cuaca kat Perlis ni boleh tahan juga panasnya tetap memilih warna hitam .
Tahun ni baju raya ayah dan adik lelaki CCL dari Qayraa . Pemilihan setiap tahun masih lagi kurta . Sebenarnya first time CCL beli baju kurta di Qayraa . Sebelum-sebelum ni CCL shopping tshirt microfiber alih-alih tahun ni Qayraa mengeluarkan baju melayu dan juga kurta . So why not untuk cuba jenama ni pulak kan . Harga pun berpatutan beli time live ada sales dapat la sehelai RM44.90 , material kain soft cotton . Tak tebal dan tak jarang . Just nice .
Untuk pemilihan baju raya emak CCL pulak , tahun ni CCL belikan beliau jubah abaya . Jubah abaya ni dari EjStyle . Design yang sangat cantik dan ada lace pada lengan baju . Harga sepasang abaya ni adalah RM99. Tapi time dalam gambar tu mak CCL dah tukar pakai blouse biasa.
Bagi baju adik perempuan CCL pula baju kurung moden sulam dari brand Zoe Arissa . Harga pun mampu milik . Beli time live sepasang baju ni hanya RM80 . Design dan material pun sangat cantik . Design bersulam di hujung lengan baju dan juga sulaman pada bawah baju .
Untuk CCL pula, tahun ni memang tak beli apa-apa , hanya pakai baju yang mana tersimpan dalam almari tu . Sehari sebelum raya baru teringat tokmama ada hadiahkan sepasang baju kurung berwarna hitam , hadiah sempena birthday CCL tahun lepas . Sepasang baju kurung dari tokmama yang belum terusik lagi . So decide untuk untag dan pakai baju tersebut .
Macam biasa setiap tahun kena ada juga family potrait . Yang ada dalam gambar mak serta adik-adik CCL . Cuma ayah CCL jer tak ada dalam gambar ni . Ayah memang susah sikit nak ajak bergambar ni . Heheh . Sorry tak expose sangat gambar family dalam blog .
Ramai yang cakap tahun ni warna brick orange yang banyak orang pakai .eh betul ker ? Korang tema warna apa tahun ni ?
14 Ulasan
Hitam itu premium :)
BalasPadamPH pakai blue black tahun ni.
Utk PH, pakai baju biras hadiahkan bbrp tahun lepas yg masih belum dipakai.
Byk pakai duit sbb sekolah pun baru je dibuka jd mana yg boleh dijimatkan kita jimat :)
hitam cantik
BalasPadambrick orange ayah rabia pakai
sy rs thn lps warna hitam
BalasPadamjd juara tema raya thn lps
tak sangka ramai yg plh hitam lg thn ni
despite brick orange disebut2 sbg pilihan
end up ramai pilih warna lain
hahaha
rs kelakar pula
Ramai juga tema hitam tahun ni..
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidilfitri jua...
BalasPadamSy baju kaler hijau pisang..Beli masa end sale taon lepas..Baju hari Kedua Dan ketiga..pakai semua yang orang bagi time birthday..Settle..haha..
Hitam menawan..Paling Selamat warnanya..
kami sekeluarga navy blue tahun ni hehehe
BalasPadamtu lah ramai juga yg tukar color brick oren kan ehee~
selamat hari raya..tkpernah lg tema baju raya color hitam
BalasPadambusyra pernah beli baju Zoe Arissa . cantik dan berpatutan..
BalasPadamCantik. Kemas je tengok.
BalasPadamSelamat Hari Raya Lyana & family. Maaf zahir & batin.
BalasPadamSenang beli online, murah pun murah kan. Pilihan warna yang sentiasa trending setiap tahun. Raya haritu macam ramai je jumpa tema brick orange.
Raya tahun ini macam terlepas pandang hendak tetapkan tema. Rasanya tidak sedondon sangat satu keluarga.
BalasPadamLawa gak kaler hitam eh.. belum pernah try.
BalasPadamSuatu hari nak cuba lah.
Selamat Hari Raya CCL sekeluarga.
Maaf zahir dan batin.
cantik hitam. hitam tema mama tahun lepas. selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga
BalasPadamnice....MA 2 tahun lepas kalau x silap tema hitam..
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan