Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Tengahari : Tomyam Bebola Seafood & Sawi Goreng Sos Tiram
Selesai masak , kena make sure dapur mestilah kemas, segala barang-barang disimpan semula dalam peti sejuk , segala periuk , kuali, sudip , tupperware yang dah digunakan dibasuh dan lap semua table top baru boleh hidangkan makanan . Hari ni sempat lagi nak snap gambar . Kadang lepas masak rushing makan dan siap-siap pergi kerja . Kadang tu CCL tolong mak masak kat dapur jer ..Tapi hari ni lepas susun semua hidangan terus snap gambar .
Menu Tengahari
- Tomyam bebola seafood
- Sawi goreng sos tiram
- Ikan kembung goreng
- Sambal
- Mangga susu
- Sirap cincau
Sebenarnya hari ni nak masak simple-simple sahaja , alang-alang dah ada bebola steamboat yang CCL beli penghujung Ramadan haritu belum terusik dalam peti ais, so cari-cari bahan semuanya ada maka terjadilah tomyam bebola seafood . Letak isi ayam sedikit . Masuk kubis bunga sikit . Settle . Buat lebih sikit malam ni boleh makan dengan kway teow .
Oh itu bukan harumanis . Itu mangga susu bila dah masak memang manis tak ada sikit pun rasa masam . Manis-manis lemak gitu . Warna kuning pun beza dari harumanis .
9 Ulasan
alhamdulillah..sedap tu
BalasPadamsedap juga tu bila makan dengan kuetiau malam nanti dah jadi ala-ala oden
BalasPadamKat sana masih musim harumanis kan....nampak sedap lauk simple macam ni..rajin CCL masak..
BalasPadamlepas siap masak, memang kena setel dapur dulu...sebab kalau dah stat mengulau lepas siap masak tu, memang tak peduli kat dapur dah..hahaha
BalasPadamtomyam itu sedap.. feveret ldy...
BalasPadamBaru terfikir kenapa mangganya tak warna kuning oren macam selalu. Rupanya mangga susu.
BalasPadamMewah tomyam banyak isinya. Kenyang terus tu tak makan nasi pun takpe. Ikan goreng wajib ada sambal baru berselera makan. Kann...
BalasPadamsimple dan sedappp
BalasPadamTomyam bebola tu mengancam.. Kalau makan dia saja pun kenyang..
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan