Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah Siap Pasang Rak Rempah 3 Tingkat Siapa yang follow rapat blog CCL, mesti korang tahu CCL ada beli rak rempah tiga tingkat ni melalui Shopee , tapi biasa laa bila beli online ni pemasangannya kena la pasang sendiri . So nak tak nak CCL minta tolong adik lelaki CCL pasangkan . Setelah beberapa hari akhirnya hari ni adik lelaki CCL dah tolong pasangkan . Tak sampai setengah jam dah selesai . Begitu mudah sekali ya .. setelah dipasang nampak cantik, kualiti besi pun sangat kukuh . CCL suka bila tengok rak rempah tiga tingkat dah berdiri kukuh .
Cantik kan ? Terletak elok, lepas ni memang jimat sikit ruang atas kabinet dapur ni .
Keadaan rak rempah tiga tingkat setelah disusun-susun dengan barangan di dapur . Kemas tersusun . Sebenarnya boleh letak banyak lagi tu. Ruangan belakang ada kosong lagi .
Rak pertama
Kulit kayu manis , asam keping , cili kering
Rak kedua
Segala bahan rempah ratus
Rak ketiga
Sos , kicap , cuka
Masih boleh penuhkan lagi rak tu . Kena tengok bahan-bahan apa lagi boleh disimpan .
Korang yang berkenan rak rempah tiga tingkat & botol kaca rempah ratus boleh baca entri ni.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bekas untuk simpan rempah ratus ni pun ada macam-macam design . So CCL berkenan pada botol kaca comel ni siap ada sudu kecil lagi . Memang memudahkan lagi kerja masak memasak ni . Dengan saiz yang kecil comel ni memang dapat menjimatkan ruangan dapur . Botol pun botol kaca, dengan kuantiti 330ml korang boleh isi garam, gula, kunyit, rempah ratus dan lain-lain lagi .
Hari tu ke Kedai Eco pun ada jual botol kaca untuk rempah ni RM2.40 . Tapi memang tak terniat nak beli . Baru-baru ni jerr tiba-terlintas untuk beli , CCL cari dalam shopee harga berbaloi juga . Serendah Seringgit . CCL beli melalui shopee melalui seller ni https://shope.ee/6V1PBKRCTE . Time CCL beli ni ada diskaun , jatuh sebotol RM0.63sen . Jimat kan ? CCL grab 6 botol .
Botol rempah ratus ni sebenarnya ada tiga pilihan . Korang boleh pilih sama ada nak botol kaca satu set dengan sudu, berus ataupun honey stick .
Bila order barang berkaca ni of course la risau takut-takut barang yang di sampai tu pecah , alhamdulillah mujur seller balut rapi , tebal dengan bubble wrap . Semuanya sampai dengan elok tak ada pecah , tak ada defect item.
Botol kaca ni nak kena cuci bersih, keringkan dulu baru boleh masukkan rempah ratus . Hygiene kena jaga .
Tak sabar pulak nak susun-susun atas rak yang baru beli tue .. sekarang mata tengah jeling-jeling jer sticker label . Ala sticker label untuk rempah ratus tue . Dah add to cart , risau pulak kalau tercheckout . Hehe .
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Beli Rak Rempah 3 Tingkat Minggu lepas terfikir nak beli rak untuk bahan-bahan rempah untuk mak CCL . Alang-alang tu boleh la tukar deko sikit-sikit di dapur ni . Setelah tercari-cari di platform Shopee, rupanya pelbagai macam jenis rak yang ada . Rambang mata dibuatnya . Ada yang jenis kayu, aluminium, plastik, besi keluli , jenis bertingkat, jenis rak berpusing-pusing pun ada fuhh kalau diperhatikan lama-lama memang tak keruan dibuatnya . So tunggu apa lagi , yang mana berkenan terus add to cart dalam troli Shopee . Setelah difikirkan masak-masak dua hari lepas barulah CCL checkoutkan rak rempah tersebut . Hari ni courier dah Selamat hantar rak rempah CCL.

Rak rempah tiga tingkat ni hadir sekali dengan kotak , Setelah dibukak untuk lihat keadaan rak tersebut semuanya ok tiada sebarang kesan defect . Cumanya macam biasa rak tersebut kena pasang sendiri .. seller dah bagi skru untuk dipasang . So part ni kena tunggu adik lelaki balik dari kerja minta dia tolong pasangkan . Sebenarnya boleh sahaja nak pasangkan sendiri . Tapi bila bermain dengan banyak jenis skru ni malas pulak .
Rak rempah ni hadir dengan dua warna hitam dan putih . CCL memilih warna hitam mengikut kesesuian dapur CCL , tapi warna putih pun cantik juga . Harga rak rempah 3 tingkat ni murah sahaja serendah RM50 . Boleh beli di platform Shopee melalui link https://s.shopee.com.my/7UtvmIiwZY
Dah siap pasang nanti CCL akan share dengan korang semua . Stay tune !