Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu 25 Ramadan : Sambal Ayam & Labu Kuning Sayur Manis
Menu sejenis-sejenis . Satu menu sayur dan satu menu lauk . Memang tak pandai nak makan banyak-banyak jenis lauk . Ikan goreng wajib untuk ayah CCL .. dah beberapa hari buat cili potong, letak bawang dan kicap dan perahkan sikit limau nipis . Nak buat sambal belacan ,terlupa beli belacan walhal dah beberapa kali singgah kedai tetap terlupa nak beli belacan .
Menu 25 Ramadan
- Ikan goreng
- Labu kuning sayur manis
- Sambal ayam
- Cili kicap
Juadah kuih-muih beli di gerai tepi jalan . Malas nak bersesak dengan orang ramai di bazar . Cuma popia bergedil tu sahaja adik CCL yang buat .
- Popia bergedil
- Popia basah
- Tepung talam
- Apam puri inti kastard
Alhamdulillah atas rezeki .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu 24 Ramadan : Ikan Kembung Masak Pindang & Kacang Buncis Goreng
Menu 24 Ramadan menu simple, sedap dan mengenyangkan . Menu ni 100% air tangan mak . CCL balik kerja pun dah lewat petang . Sempat singgah beli air dan beberapa jenis kuih sahaja . Tak sempat nak potong-potong bahan untuk masak dekat dapur .
Mood memang kelaut , entah macam-macam kerja nak diselesaikan . Balik kerja pun just release stress sekejap, tidur sekejap malas nak serabutkan otak dengan masalah yang belum ada kata putus . Kadang-kadang kita follow SOP yang betul pun tetap keadilan tak berpihak pada kita . Malas nak bebel panjang .
Menu 24 Ramadan
- Ikan kembung masak pindang
- Kacang buncis goreng
- Ikan goreng
- Cili kicap
- Apam coklat
- Kuih keria
- Apam pisang
Alhamdulillah atas nikmat rezeki yang Allah bagi hari ni ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Berbuka 23 Ramadan : Gulai Daging Batang Pisang & Kerabu Taugeh
Salam 23 Ramadan , hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan bakal melabuhkan tirainya . Sekejap sahaja waktu berjalan dah di ujung waktu . Macam biasa hari ni berbuka dengan family di rumah . Mama dan abah Rania datang berbuka puasa di rumah CCL . So berkumpul ramai-ramai buka puasa sekali .
Menu 23 Ramadan
- Ikan bakar
- Gulai daging batang pisang
- Kerabu taugeh
- Cili potong kicap
- Air asam picit bersama tembikai
Gulai daging batang pisang dan air asam tembikai tu air tangan mama Rania yang bawa kan . CCL buatkan kerabu taugeh , manakala Mak CCL sediakan juadah ikan bakar serta cili kicap potong . Menu simple dan mengenyangkan.
Antara juadah kuih
- Roti john
- Cucur udang
- Popia bergedil
- Onde-onde buah melaka
- Kuih tako
- Kek batik
Semua juadah kuih muih ni beli . Hanya popia bergedil sahaja air tangan adik perempuan CCL
Alhamdulillah atas nikmat rezeki yg diberikan .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Berbuka 22 Ramadan :Ayam Goreng Kunyit , Kailan Sos Tiram & Kerabu Bunga Betik
Entri dua tiga hari lepas yang tak sempat nak update . Ramadan yang ke-22 berbuka puasa dengan family di rumah ..
Menu berbuka 22 Ramadan
- Sambal ikan
- Ikan sepat goreng
- Ikan kembung goreng
- Kailan tumis sos tiram
- Kerabu bunga betik
- Ayam masak kunyit
Air tangan mak dan juga air tangan CCL.. CCL masak dua menu sahaja kailan tumis sos tiram dengan kerabu bunga betik . Menu lain air tangan mak CCL .
Juadah kuih muih . Semua ni beli sahaja
- Apam gula hangus
- Kuih koci
- Apam coklat
- Lepat manis
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu 20 Ramadan : Ikan Tongkol Masak Cuka , Ayam Goreng Rempah & Sayur Pak Choy
20 Ramadan ,semalam berbuka puasa kat tempat kerja . Seperti biasa bawa Tupperware yang ada compartment macam ni senang nak asingkan makanan . Semua menu ni kafe kat tempat kerja sediakan .. just ambil sahaja serba sedikit menu yang dihidangkan .
Menu 20 Ramadan
- Ikan masak cuka
- Ayam goreng rempah
- Sayur pak choy goreng
- Sambal belacan & timun
- Tembikai
- Kuih keria & kuih cara manis
- Air keladi
Alhamdulillah untuk rezeki hari ni .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Berbuka 14 Ramadan : Sotong Goreng Kunyit, Sayur Pak Choy Sos Tiram & Sotong Goreng Tepung Hari ni cuti dapat la berbuka puasa di rumah dengan family . Hari ni juadahnya agak penuh meja sedikit ya
Menu 14 Ramadan
- Ikan gerut bakar
- Air asam tomato
- Sotong goreng tepung
- Sotong goreng kunyit
- Sayur pak choy sos tiram
- Kuih cara manis & pulut sekaya bakar
- Popia basah
Kuih-muih beli di gerai tepi jalan . Menu lain semuanya live dari dapur . air tangan CCL sotong goreng tepung & sayur pak choy goreng sos tiram . Menu lain air tangan mak CCL yang masakkan .
Air tembikai & teh bunga . Dedua CCL buat sendiri, blend tembikai dan tambah sedikit air gula . Teh bunga tu pula CCL beli air kotak yeos teh bunga pastu campur dengan rendaman getah anggur, bunga kekwa, dan kembang semangkuk ..
Alhamdulillah rezeki untuk hari ni kenyang .