Advertisement

Responsive Advertisement

Menu Air Milo Soya Cincau Untuk Berbuka Puasa Resepi Khairul Aming

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Menu Air Milo Soya Cincau Untuk Berbuka Puasa Resepi Khairul Aming Jom buat air milo soya cincau  masa berbuka nanti . , confirm esok akan repeat lagi  . Haa kalau air soya cincau dah biasa sangat kita dengar  tapi kali ini bunyinya milo soya cincau macam "rare" je kan resepi ni  . Walaupun cuma menggunakan bahan-bahan mudah seperti air , milo , cincau  tetapi ia tetap menyegarkan . Nak tahu macam mana tahap kesedapannya , bolehlah korang buat untuk berbuka nanti 


Resepi Air Milo Soya Cincau Yang Mudah Dan Sedap!




Bahan-bahan :

6 sudu besar serbuk Milo

Sedikit air panas | Untuk bancuhan serbuk milo

1 sudu besar susu pekat manis

1/4 cawan cincau

Serbuk kopi

Air soya

Ais


Cara Penyediaan Air Milo Cincau 

1.Bancuhkan serbuk milo , serbuk kopi dengan sedikit air panas.Masukkan susu pekat manis dan kacau hingga sebati.


2.Kemudian, penuhkan cawan dengan ais kiub, masukkan setengah cawan air soya dan masukkan bancuhan serbuk milo dan akhir sekali masukkan cincau yang sudah siap diparut


Siap untuk dihidangkan


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Selamat berbuka puasa.
    tak cukup segelas ni

    BalasPadam
  2. nampak sedap. tak pernah nampak lg org jual atau bt sendiri

    BalasPadam
  3. Menu rare ni. Biasa soya cincau. Ini milo cincau pulak.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan