Puding Roti Mini Menggunakan Air Fryer

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Puding Roti Mini Menggunakan Air Fryer Berbuka hari ini rasa nak buat manisan Puding Roti. Tapi tak nak bakar, nak cuba guna air fryer. Hah air fryer, macam mana pula tu? Boleh ke? Menjadi ke?Korek punya korek, Khairul Aming ada  kongsi satu resepi mudah puding roti tak guna oven tapi guna air fryer.


Nah… resepinya.


RESEPI , PUDING ROTI, RESEPI PUDING ROTI TANPA OVEN, RESEPI PUDING ROTI , RESEPI PUDUNG ROTI GUNA AIR FRYER , PUDING ROTI TANPA OVEN ,RESEPI KHAIRUL AMING, BAKAR PUDING ROTI TANPA OVEN , RESEPI PUDING ROTI SUKATAN CAWAN


Bahan-bahan

-2 cawan fresh milk 

-2sudu butter 

-⅓ cawan gula 

-1sudu kecil esen vanila 

-2biji telur  

-serbuk cinnamon 

-sedikit garam 

-roti gardenia 



Cara Penyediaan Puding Roti Mini Menggunakan Air Fryer


1.Gaul semua bahan dan barulah hidupkan api , kacau-kacau sehingga sebati  dan boleh padamkan api . 


2.Ambil roti gardenia dan potong kepada beberapa bahagian menjadi dadu kecil dan masukkan ke dalam adunan tadi . Gaul sehingga ia serap ke dalam roti dan mengembang dalam 20 minit , kemudian barulah masukkan dalam aluminium cup,nak lagi sedap boleh taburkan sedikit kismis . 


3.Kemudian bakar dalam air fryer dan bakar dalam suhu 180c selama 10 minit  . 


4.Dah siap bakar boleh letakkan 1 scoop ais vanilla dan drizzle sedikit dengan coklat sos dan boleh dihidangkan .





Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Senang jugak ada air fryer. Pelbagai guna. Sedapnya puding roti. Buat saiz mini senang nak makan pun.

    BalasPadam
  2. ok.. i follow... nnt nk try jugak lah... mcm menarik je

    BalasPadam
  3. Macam senang je resipi dia..kat umah ada air fryer..boleh cuba ni..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan