Status Pemakaian Pelitup Muka Bermula 1 Mei 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Status Pemakaian Pelitup Muka Bermula 1 Mei 2022 Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan sebentar tadi pemakaian pelitup muka di tempat terbuka dan keperluan Imbasan kod MySejahtera tidak lagi diwajibkan di Malaysia bermula 1 Mei. Selain itu, individu dengan status vaksinasi yang tidak lengkap tidak lagi akan dihalang dari memasuki sebarang premis. Pemilik premis hanya perlu memastikan status negatif Covid-19 sahaja.



Pemakaian pelitup muka masih lagi mandatori di tempat tertutup dan pengangkutan awam termasuk kenderaan seru pandu. Pelepasan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup dibenarkan di tempat makan, ketika bersenam, dan mereka yang melakukan persembahan misalnya. Individu yang berisiko tinggi, bergejala dan berisiko masih lagi disarankan untuk memakai pelitup muka.


Baca juga : Daftar MySejahtera Tidak Lagi Diperlukan Bermula 1 Mei 2022


Langkah yang diambil adalah selari dengan yang telah dilakukan di Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Jumlah kes baharu yang semakin berkurangan dan persediaan ke fasa endemik adalah sebab utama mengapa SOP telah dikemaskini hari ini.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Walaupun dah boleh buka di kawasan terbuka. seram jugak nak buka sepanjang masa.

    BalasPadam
  2. Okay ada kelonggaran sikit pakai mask tapi tulah dah terbiasa mungkin bila dah kurang kes baru okay kot nak unmask.

    BalasPadam
  3. still pakai kot..sbb dah biasa

    BalasPadam
  4. sy tetap pakai... tp tgk keadaan...kalau lbh 4 org mmg sy akan pakai... kesihatan comes 1st!

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan