Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tembikai Laici Sparkling Resepi Khairul Aming Buah tembikai memang mempunyai banyak khasiatnya. Selain dimakan begitu sahaja, ia juga dibuat jus minuman yang sedap dan menyegarkan. Bulan puasa ni, korang bolehlah cuba buat air Tembikai Laici Sparkling sebagai minuman sewaktu berbuka. Lebih jimat berbanding beli di bazar ramadhan nanti.walaupun minuman ini sangat simple namun ia cukup membahagiakan anak tekak. Terutamanya jika dinikmati waktu cuaca panas.
Bahan-bahan
-tembikai
-1 tin laici
-gula
-ais kiub
-air
-daun pudina
-limau nipis
-air sparkling / soda bikarbonat
Cara penyediaan air tembikai laici sparkling
1.Masukkan tembikai yang sudah dipotong ke dalam blender bersama sedikit air dan juga masukkan satu tin laici serta air laici
2.Masukkan sedikit perahan air limau nipis dan beberapa helai daun pudina untuk ekstrak masam dan mint serta masukkan sedikit gula dan blend sehingga halus
3. Masukkan ais kiub ke dalam jug, tambahkan juga tembikai yang sudah dipotong dadu kecil serta sedikit hirisan limau nipis . Tuangkan jug tembikai yang siap di blend ke dalam jug
4.Dan akhir sekali jangan lupa masukkan air sparkling untuk tambahkan lagi kesegaran dalam minuman . Kalau tak ada air sparkling boleh juga digantikan dengan air soda bikarbonat .
Selamat mencuba
6 Ulasan
Ni blog kedua yang buat entri tembikai laici khairulaming hehe. Tapi memang sedap pun jus tembikai minum sejuk2. Selamat berbuka puasa..
BalasPadamMengoda betul nenguknya
BalasPadamResepi yang ini memang menyelerakan tapi tak terbuat sebab tak terbeli-beli lagi bahannya. Haha
BalasPadamPergh!! Mengancam sungguh.. Macam nak cuba buat je..
BalasPadamfreshhh
BalasPadamAda tengok jugak video dia buat haritu. Tergoda tengok bila puasa ni. Nantilah nak cuba buat jugak.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan