BOLEH KE BUAT SWAB TEST KETIKA SEDANG BERPUASA ?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

 

BOLEH KE BUAT SWAB TEST KETIKA SEDANG BERPUASA ? Apabila tiba bulan Ramadan, antara persoalan sering bermain di fikiran ialah mengenai ujian swab. Ramai dalam kalangan kita masih tertanya-tanya dan tidak tahu jawapan sebenar mengenai hukum melakukan ujian swab ketika sedang berpuasa.Ujian saringan Covid-19 melalui pengambilan swab tidak membatalkan puasa sekiranya alat digunakan tidak masuk terlalu jauh ke dalam rongga hidung atau kerongkong seperti penerangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.



INFO,INFO AGAMA, HUKUM BUAT SWAB TEST KETIKA BERPUASA , BUAT SWAB TEST WAKTU PUASA ,



HUKUM BUAT SWAB TEST KETIKA SEDANG BERPUASA, INI JAWAPAN MUFTI



Soalan:

Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu persoalan. Apakah hukum swab test Covid-19 ketika sedang berpuasa? Adakah ianya membatalkan puasa atau tidak? Mohon pencerahan dari pihak ustaz.


Jawapan:

Swab test atau ujian saringan Covid-19 yang menggunakan kaedah Nasopharyngeal swab (melalui hidung) dan Oropharyngeal swab (melalui hidung) yang dijalankan ketika sedang berpuasa adalah tidak membatalkan puasa. Ini kerana calitan yang dijalankan melalui kedua-dua proses tersebut tidak sampai ke kawasan rongga dalam.


Ujian saringan, pengesanan dan pengesahan Covid-19 terbahagi kepada dua jenis. Pertama adalah Reverse Transcritase Polymerase Chain Reaction (Rt-PCR). Manakala yang kedua pula disebut sebagai Antigen Rapid Test (RTK Ag). Kedua-kedua ujian ini dijalankan menggunakan calitan melalui tekak ( Oropharyngeal swab) dan melalui hidung (Nasopharyngeal swab) Kedua-dua ujian ini dijalankan untuk mengesan jangkitan virus Covid-19.


Kaedah Nasopharyngeal swab ialah alat swab akan dimasukkan ke dalam rongga hidung individu sehingga ke kawasan nasopharynx (rongga hidung paling atas) dengan kedalaman 18. lebih kurang 4.8 cm bagi kanak-kanak dan 8-12 cm bagi orang dewasa untuk mengambil sampel mukus. Manakala kaedah Oropharyngeal swab pula ialah alat swab dimasukkan ke dalam mulut hingga ke kawasan oropharynx iaitu di belakang anak tekak bagi mengambil sampel mucus.


PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN PUASA TERBATAL


Antara perkara yang boleh menyebabkan puasa terbatal adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga melalui saluran yang terbuka seperti hidung, telinga, mulut, dubur dan kemaluan


Justeru, swab test atau ujian saringan COVID-19 yang menggunakan kaedah Nasopharyngeal swab (melalui hidung) dan Oropharyngeal swab (melalui mulut)  yang dijalankan ketika sedang berpuasa adalah tidak membatalkan puasa. Ini kerana calitan yang dijalankan melalui kedua-dua proses tersebut tidak sampai ke kawasan rongga dalam.


Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Lagipun bukan suka-suka nak buat SWAB kan.. seram

    BalasPadam
  2. Terima kasih CCL pengkongsian ini

    BalasPadam
  3. TQ info..
    Baru nak tekan butang follow..Eh,rupanya dah follow la🤭

    BalasPadam
  4. tapi korek hidung batal .,,kanns ;p

    BalasPadam
  5. alhamdulillah
    ada penjelasan
    utk yg tertanya tanya

    BalasPadam
  6. boleh.. mama dh buat beberapa kali rtk semasa buasa

    BalasPadam
  7. Terang dan jelas. Bagus share ni, kot masih ada yang tertanya tanya lagi.

    BalasPadam
  8. Jadi, tiada halangan untuk buat swab test ketika berpuasa :)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan