Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Berbuka Khairulaming : Soya Ais Campur
Bahan-bahan Soya Ais Campur
-Soya Kotak
-Susu cair
-nata de coco
-laici
-cincau
Cara Penyediaan Soya Ais Campur
1.masukkan air soya kotak ke dalam beberapa bekas untuk dibekukan di dalam peti ais selama 3 hingga 4 jam
2. Air soya yang siap dibekukan dimasukkan ke dalam blender untuk dikisarkan sehingga nampak tekstur seperti ais blended .
3.Air soya yang siap dikisar dimasukkan ke dalam mangkuk, tambahkan cincau, nata de coco, laici dan curahkan sedikit susu cair untuk dapatkan lagi tekstur creamy . Korang juga boleh oleh menggunakan buah-buahan yang ada .
Selamat mencuba
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Berbuka Khairulaming : Coconut Shake Gula Melaka
Bahan-bahan Coconut Shake Gula Melaka
-Air kelapa beserta isi kelapa
-Ais kiub
-Ais Vanila
-3 sudu besar Susu pekat
-3 sudu besar Gula Melaka
Cara penyediaan Coconut Shake Gula Melaka
Blendkan kesemua bahan sehingga halus dan masukkan ke dalam juga, hias dengan isi kelapa dan siap untuk diminum .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Berbuka Khairulaming : Bandung Laici
Bahan-bahan Bandung Laici
-1 tin laici
-sirap ros
-ais kiub
-susu cair
Cara penyediaan Bandung Laici
1.Masukkan 1 tin laici serta satu tin susu cair dan blender halus lalu masukkan bahan yang sudah di blend ke dalam jug yang diisi dengan ais kiub .
2.Tuangkan sedikit sirap ros kacau sehingga sebati .
Siap untuk diminum .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Berbuka Khairulaming : Orange Juice Soda
Bahan-bahan Oren Jus Soda
-Air oren jus
-Air soda bikarbonat
-daun pudina
-lemon
-ais kiub
Cara penyediaan Oren Jus Soda
1.Masukkan ais kiub ke dalam cawan , masukkan separuh cawan air oren jus dan separuh lagi air soda bikarbonat . Kacau sebati masukkan hirisan lemon dan beberapa helai daun pudina .
Sedia untuk dihidangkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Berbuka Khairulaming : Teh Bunga Longan
Bahan-bahan Teh Bunga Longan
-1 kotak teh bunga
-1 tin longan
-limau nipis
-asam boi
Ais kiub
Cara Penyediaan Teh Bunga Longan
1.Masukkan ais kiub , masukkan air teh bunga, boleh beli dalam kotak atau pun dalam tin . Perahkan sedikit limau nipis
2.Masukkan beberapa hiris limau nipis dan juga asam boi serta masukkan 1 tin longan kacau biar sebati .
Siap untuk dihidangkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Resepi Air Milo Lori Air Milo lori memang tak lapuk dek zaman. Kalau dulu nampak lori ni masuk kawasan sekolah semua akan melompat keriangan. Bila cikgu panggil je terus pergi, tak sabar-sabar. Betapa terujanya waktu tu apabila dapat menikmati Air Milo lori ini. Kadang-kadang ada yang rela beratur buat kali kedua atau ketiga sebab tak puas minum.
Hairan kan, kenapa Milo lori tu sedap dia tak boleh bawak bincang kan? Disebabkan rasa air milo ni lebih sedap berbanding bancuh sendiri jadi kita pun tertanya-tanya adakah milo yang lori gunakan ini sama dengan yang kita gunakan. Sebenarnya sama sahaja cuma cara bancuhan yang berbeza.
Baca juga : Resepi Air Milo Soya Cincau
Asyik rasa tak cukup je! Meh lah kita buat sendiri ikut resipi ni
Bahan-bahan air milo lori
-4kg milo
-8tin susu pekat
-8tin susu cair
-4liter air panas
-ketulan ais
Cara penyediaan air milo lori
Masukkan semua bahan di atas, kecuali ketulan ais dan kacau rata. Tuangkan bancuhan tadi le dalam bekas air masukkan ketulan ais .
kalau nak buat guna sekilo Milo resepi di atas bahagikan kepada 4 bahagian dan seterusnya lah.buat kira-kira korang sendiri kalau nak kurang atau lebihkan bahan..perlu diingatkan bancuhan di atas adalah pekat dan ais akan membantu mencairkan bancuhan tetapi masih mengekalkan kelazatan milo kaw kaw tersebut..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Air Milo Soya Cincau Untuk Berbuka Puasa Resepi Khairul Aming Jom buat air milo soya cincau masa berbuka nanti . , confirm esok akan repeat lagi . Haa kalau air soya cincau dah biasa sangat kita dengar tapi kali ini bunyinya milo soya cincau macam "rare" je kan resepi ni . Walaupun cuma menggunakan bahan-bahan mudah seperti air , milo , cincau tetapi ia tetap menyegarkan . Nak tahu macam mana tahap kesedapannya , bolehlah korang buat untuk berbuka nanti
Resepi Air Milo Soya Cincau Yang Mudah Dan Sedap!
Bahan-bahan :
6 sudu besar serbuk Milo
Sedikit air panas | Untuk bancuhan serbuk milo
1 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan cincau
Serbuk kopi
Air soya
Ais
Cara Penyediaan Air Milo Cincau
1.Bancuhkan serbuk milo , serbuk kopi dengan sedikit air panas.Masukkan susu pekat manis dan kacau hingga sebati.
2.Kemudian, penuhkan cawan dengan ais kiub, masukkan setengah cawan air soya dan masukkan bancuhan serbuk milo dan akhir sekali masukkan cincau yang sudah siap diparut
Siap untuk dihidangkan