Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tembikai Laici Sparkling Resepi Khairul Aming Buah tembikai memang mempunyai banyak khasiatnya. Selain dimakan begitu sahaja, ia juga dibuat jus minuman yang sedap dan menyegarkan. Bulan puasa ni, korang bolehlah cuba buat air Tembikai Laici Sparkling sebagai minuman sewaktu berbuka. Lebih jimat berbanding beli di bazar ramadhan nanti.walaupun minuman ini sangat simple namun ia cukup membahagiakan anak tekak. Terutamanya jika dinikmati waktu cuaca panas.
Bahan-bahan
-tembikai
-1 tin laici
-gula
-ais kiub
-air
-daun pudina
-limau nipis
-air sparkling / soda bikarbonat
Cara penyediaan air tembikai laici sparkling
1.Masukkan tembikai yang sudah dipotong ke dalam blender bersama sedikit air dan juga masukkan satu tin laici serta air laici
2.Masukkan sedikit perahan air limau nipis dan beberapa helai daun pudina untuk ekstrak masam dan mint serta masukkan sedikit gula dan blend sehingga halus
3. Masukkan ais kiub ke dalam jug, tambahkan juga tembikai yang sudah dipotong dadu kecil serta sedikit hirisan limau nipis . Tuangkan jug tembikai yang siap di blend ke dalam jug
4.Dan akhir sekali jangan lupa masukkan air sparkling untuk tambahkan lagi kesegaran dalam minuman . Kalau tak ada air sparkling boleh juga digantikan dengan air soda bikarbonat .
Selamat mencuba
Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI SAHUR KHAIRULAMING : OATMEAL BERLAUK First time CCL rasa selera tengok orang buat oatmeal. Tapi kena buat oatmeal macam khairul aming lah baru menyelerakan. Resepi sahur yang sangat mudah dan sangat ringkas , Oatmeal berlauk nampak macam padu time sahur, tapi itulah memerlukan sedikit kerajinan untuk masak time sahur .
Untuk korang yang nak cuba resepi sahur "Oatmeal berlauk" oleh Khairul Aming , bolehlah follow resepi di bawah .
Bahan-bahan untuk Oatmeal berlauk
-roll oatmeal
-ayam
-bawang putih
-serbuk lada hitam
-sos tiram
-air
-minyak masak
-kiub pati ayam
-kicap manis
- daun bawang
-bawang goreng
cara penyediaan resepi Oatmeal berlauk oleh Khairul Aming
1. Masukkan sedikit minyak masak , tumis tiga ulas bawang putih yang dipotong dadu kecil.
2. Masukkan dada ayam yang sudah dicincang, sedikit blackpepper dan masukkan satu sudu besar sos tiram . Gaul rata sehingga masak
Bahan untuk oatmeal
1 Gunakan satu cup roll oatmeal bersama tiga cawan air.
2.Masukkan satu kiub pati ayam bersama satu sudu besar kicap manis . Rebus sehingga mendidih.
3. Setelah mendidih boleh siap dihidangkan bersama topping ayam dan sebagai tambahan boleh dihidangkan lagi bersama telur separuh masak , daun bawang dan bawang goreng.
Selamat mencuba
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
RESEPI: BISKUT AISKRIM MENJADI REBUTAN KANAK-KANAK Dari CCL zaman sekolah rendah , menjelang syawal mak selalu buatkan biskut aiskrim. Bebudak yang datang beraya di rumah wajib cuba biskut aiskrim . Memang menarik minat lah . Biasalah bebudak dan aiskrim tak boleh dipisahkan . So tahun ni dapat buat lagi biskut aiskrim .
Bahan-bahan
-2 cawan butter
-1 1/2 cawan gula icing
-1/2 sudu esen vanila
-1 biji telur gred C
-1 1/2 cawan tepung kastard
-1 1/2 cawan tepung jagung
-3 cawan tepung gandum
Cara Menyediakannya
-Pukul butter dan gula hingga sebati dan kemudian masukkan telur serta tambahkan esen vanilla.
Pukul lagi sekejap dan akhirnya masukkan tepung kastad serta tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
-Jika adunan lembik tambahkan tepung gandum. Uli sampai tepung sudah kelihatan cantik, dan tidak melekat di tangan.
-Apabila dah menjadi doh, leperkan dengan roller dan kemudian boleh ditekap dengan acuan bentuk aiskrim seperti di dalam gambar. Sapukan kuning telur pada bahagian tangkai.
-Panaskan over pada suhu 170 darjah, dan dibakar selama 35 minit.
-Sementara dibakar, boleh panaskan coklat masakan menggunakan kaedah ‘double boiler’.
Setelah dibiarkan sejuk sedikit, bolehlah dicelup biskut ke dalam coklat, dan ditabur manik hiasan untuk nampak lebih menarik.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI : BISKUT ALMOND LONDON PENUH TABURAN BADAM CINCANG Tahun lepas hasrat nak buat biskut Almond London tidak kesampaian. Alhamdulillah tahun ni curi-curi masa untuk buat jugak . Walaupun tak banyak cukup la dapat merasai . Betul la orang kata kalau buat sendiri ni baru puas makan . Tengoklah taburan badam cincang atas biskut yang siap disalut coklat tu. Banyak bukan.
Banyak step jugak nak buat biskut Almond London , biskut yg sudah siap dibakar kena salut coklat sambil itu juga kena taburkan badan . Lambat salut nanti coklat akan jadi beku.
Bahan bahan
-250gm butter cup
-1 cawan gula icing
(Pukul sampai kembang)
-1 cawan tepung jagung
-1 cawan tepung kastard
-2 1/2 cawan tepung gandum
-2 sudu makan susu tepung
Cara-cara
-(Masukkan dalam bahan yang dipukul,lepas itu uli sampai tak melekat dekat tangan. Adunan jangan terlalu keras nanti susah nak bentuk dengan badam. Kalau adunan keras tambah butter/majerin.kalau adunan lembik tambah tepung gandum)
-Biji badam secukupnya (bakar dahulu)
-Coklat masakan (double boil)
-Badam cincang untuk hiasan (bakar dahulu)
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
RESEPI : TART CADBURY TAK CAIR DALAM OVEN Suka makan coklat cadbury ?? Hah hangpa wajib makan biskut raya Tart Cadbury . Lagi sedap . Tahun ini ada keinginan nak buat tart cadbury . Memang sebelum ni CCL tak pernah rasai kesedapan tart cadbury , memandangkan tahun ini ada sedikit kelapangan masa so, tak salah nak mencuba resepi tart cadbury .
Adunan semuanya oleh mak CCL sendiri . Lepas tu CCL yang handle kan biskut raya . Terfikir jugak eh cadbury ni kangg cair pulak dalam oven sebab oven kan panas, takut pulak coklat cadbury tu melting dalam oven dah tak jadi biskut raya .
Percubaan pertama nak masukkan dalam oven , bismillah dan doa bagi biskut raya ni boleh di makan . Alhamdulillah . Setelah dimasukkan dalam oven dalam beberapa minit, biskut raya sempurna je . Tak ada coklat yang lebur dalam oven .
So hangpa yang nak try buat boleh follow reepi di bawah .
Bahan-bahan
-cadbury dairy milk( 90pcs)
-250g buttercup (Anchor)
-4 sb gula halus
-1 biji telur
-1 sk esen vanilla
-1 1/2 sb pewarna purple
-2sb tepung jagung
-2sb tepung kastard
-4 cawan tepung gandum
Cara-cara
-Masukan butter , ( keluarkan dulu dari peti ais biar lembut senang nak gaul) , masuk gula, telur, esen vanilla gaul saja dengan wisk.
-Then masuk tepung jagung, tepung kastard n pewarna. gaul lagi then masuk tepung gandum sikit2 sampai doh tak melekat di tgn. *kalo doh still melekat di tgn masuk tepung kastard @ tepung gandum sikit2 sampai doh cantik.
-Bila doh dah tak melekat di tangan boleh terus masuk dalam acuan bentuk tart dan letak cadbury tengah-tengah.
-Bakar 130•c selama 35minit. *jgn lupa preheat oven dulu.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI BISKUT MAKMUR Biskut makmur sangat mudah untuk dibuat . Disebabkan teringin sangat nak makan so tahun ni biskut makmur ada dalam list biskut raya.
Bahan-bahan
*3cawan tepung gandum
*1cawan susu tepong
*1 tin kecil minyak sapi
*2sudu minyak mazola
*2 cawan gula icing
Bahan inti
*1cawan kacang tanah di goreng tanpa minyak(hancurkan)
# gaulkan kacang dan gula
Bahan salut
gula ising campur susu secukupnya
Cara-cara
1.Sebelum diayak tepung gandum disangai dulu baru ayak tepung gandum, campurkan susu tepung bersama gula icing.Kemudian panaskan minyak mazola Dan campurkan minyak sapi biar sejuk sekejap..dan tuangkan ke dalam tepung yang telah digaul. sebati dan susu tepung,gaul sehingga menjadi doh
2.Ambil sedikit adunan leperkan dan letak sedikit inti,tutupkan dan bentukkan menjadi bulat
3.siapkan loyang dan susun adunan yg sudah dibulatkan tadi kemudian bakar pada suhu 160'c selama lebih kurang 15 minit
4.Akhir sekali apabila sudah masak salutkan dengan gula icing sedia untuk dihidang