AYAM MANGGA THAI KHAIRUL AMING

 Assalamualaikum dan salam sejahtera



AYAM MANGGA THAI KHAIRUL AMING Nama menu ni selalu dipanggil ayam mangga Thai , memang jarang jumpa kan ? Tapi kalau sekali dah cuba menu ni semestinya tak boleh lupa. Konsep masakan ini ialah ayam goreng rangup yang bersalut  kuah sos thai digabungkan dengan hirisan buah mangga . Memang padu rasanya dan lagi istimewa kuah sos thai dimasak dimasak sendiri menjadikan sos tersebut lebih pekat dan cukup rasa. Ada rasa masam, manis dan pedas .


RESEPI , AYAM MANGGA THAI KHAIRUL AMING , RESEPI AYAM MANGGA THAI KHAIRUL AMING , CARA BUAT AYAM MANGGA SOS THAI , CARA BUAT SOS THAI SIMPLE DAN SEDAP , RESEPI AYAM MANGGA SOS THAI SEDAP, RESEPI CHICKEN MANGO THAI , CHIKEN MANGO THAI YANG SEDAP , RESEPI KHAIRUL AMING


Tak susah pun nak mencuba menu ayam mangga Thai . Jom follow resepi dibawah 


Bahan-bahan Ayam Mangga Thai Khairul Aming 

-4 sudu sos pulm 

-6sudu sos cili thai

 -2sudu madu 

-garam 

-2biji cili padi 

-1/2 bawang merah 

-2biji limau kasturi 

-1biji mangga 

-300g dada ayam 

-garam -lada hitam 

-tepung  beras /tepung jagung /tepung bestari 

-daun ketumbar



Cara penyediaan Ayam Mangga Thai Khairul Aming


1.Masukkan 4 sudu sos pulm , 6 sudu sos thai, 2 sudu madu dan satu sudu air .


2.masukkan sedikit garam ,cili padi dan bawang merah yang telah dipotong halus . Masukkan juga hirisan daun ketumbar dan perahkan sedikit limau kasturi dan gaul sehingga sebati rasa.


3. Parut mangga muda dan gaulkan bersama bahan-bahan sos tadi .


4. Dada ayam digaulkan bersama sedikit garam , lada hitam dan salutkan dengan tepung bestari . Kalau tak ada tepung bestari korang boleh gunakan tepung beras ataupun tepung jagung . 


5.Goreng dada ayam,yang siap salut tepung ke dalam minyak yang panas. Goreng sehingga kekuningan. 


6.Dada ayam yang siap digoreng boleh digaulkan bersama bahan-bahan sos tadi dan siap dihidangkan . 



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Tentu sedap agaknya
    Selamat berbuka puasa

    BalasPadam
  2. sedapnya uihh Selamat berpuasa

    BalasPadam
  3. ada tengok ritu kat TT khairulaming, senang je rupanya nak buat. boleh masuk dlm senarai untuk cuba ni..

    BalasPadam
  4. Menyelerakan nampak menu ayam mangga thai KA ni. Masam manis pedas, perfect!

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan