Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cara Mohon ePemula RM150 Untuk Golongan Belia Dan Pelajar Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa pula insentif untuk golongan belia dan pelajar menerusi Bajet 2022 yang lepas dan kini Kerajaan telah mengumumkan program ePemula. Melalui program eStart atau ePemula ini, golongan belia atau pelajar sepenuh masa di IPT layak menerima bantuan berupa kredit e-Tunai bernilai RM150. Bantuan dalam bentuk kredit eTunai ini bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini kerajaan juga ada mengumumkan ePenjana dan eBelia dengan mengenakan konsep yang sama iaitu eTunai.
Apa Itu ePemula
Program ePemula ini merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan oleh Kerajaan sebelum ini menerusi Bajet 2022. Ianya bertujuan meringankan beban kewangan belia yang sekali gus menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai (cashless) menerusi aplikasi eWallet. Program ini dijangka akan memanfaatkan sekitar dua juta rakyat Malaysia dengan jumlah peruntukan RM300 juta.
Syarat Untuk Mendapatkan ePemula
Kerajaan telah menetapkan (2) syarat bagi melayakkan anda menerima kredit e-Tunai RM150 ini iaitu :
Ianya terbuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (iaitu mereka lahir pada tahun 2002 hingga 2004)
Selain itu, ada juga layak sekiranya anda pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM4) dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar
Data belia akan disemak silang dengan institusi pengajian tinggi tempatan yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan
Bila Tarikh Permohonan Atau Tebus ePemula
Permohonan boleh dibuat bermula 11 April 2022 (bermula 8 pagi) sehingga 1 Jun 2022. Sekiranya diluluska, kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.
Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit melalui 4 eWallet yang berdaftar iaitu ShopeePay, GrabPay, BigPay dan Touch 'n Go eWallet.
Cara Mohon ePemula RM150
Bagi melayakkan korang menerima kredit RM150 tersebut,korang perlu guna salah satu eWallet yang disenaraikan seperti dibawah.Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu penyedia eWallet sahaja. Dah tuntut atau tebus sekali, tak boleh tebus guna eWallet lain pula.
- Cara Mudah Tebus ePemula RM150 Melalui ShopeePay
- Cara Mudah Mohon ePemula RM150 Melalui Touch n GO eWallet
- Cara Mudah Tebus ePemula RM150 Melalui GrabPay
- Cara Mudah Tebus ePemula RM150 Melalui Bigpay
3 Ulasan
rezeki..so maksudnya pilih salah satu dari eWallet dalam senarai tu lah yea.
BalasPadamItulah kakmim gtau dgn student jgn x claim, rugi tu krjn dh bg duit raya... hehehe
BalasPadamAda juga untuk pelajar. Bolehlah guna untuk apa yang perlu.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan