Senarai Lebuhraya Yang Menawarkan Tol Percuma & Diskaun Sempena Aidilfitri

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 



Senarai Lebuhraya Yang Menawarkan Tol Percuma & Diskaun Sempena Aidilfitri Selepas dua tahun beraya secara berjauhan, ramai yang merancang untuk balik kampung pada tahun ini. Selari dengannya, kini kerajaan turut membuat kejutan, dan mengumumkan penawaran tol percuma dan juga diskaun tol untuk pulang beraya.



INFO , TOL PERCUMA , PLAZA TOL PERCUMA , SENARAI PLAZA TOL PERCUMA , TOL PERCUMA , SENARAI LEBUHRAYA TOL PERCUMA , LEBUHRAYA TOL PERCUMA SEMPENA HARI RAYA , SENARAI LEBUHRAYA DISKAUN 30%, SENARAI LEBUHRAYA DISKAUN 50%, PLUS



Tol percuma diberikan melibatkan PLUS dan juga LPT dari 12 tengah malam, 30 April 2022 sehingga 11.59 malam 1 Mei 2022 kepada semua kelas kenderaan.Disamping itu, tol percuma turut diberikan untuk pulang kembali selepas beraya – di PLUS dan juga LPT, bermula 12 tengah malam 7 Mei 2022 hingga 11.59 malam 8 Mei 2022 untuk semua kelas kenderaan.Sementara itu, tawaran diskaun tol atara 30% ke 50% akan diberikan pada lebuhraya yang lain.



Senarai lebuhraya yang menawarkan tol percuma

-Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)

-Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

-Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)

-Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)

-Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)

-Jambatan Pulau Pinang (JPP)

-Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

-Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2

-Lebuhraya KL – Karak (KLK)



Senarai Lebuhraya Diskaun 50%

-Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

-Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)

-Lebuhraya Cheras–Kajang (GRANDSAGA)

-Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

-Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

-Lebuhraya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH)

-Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)

-Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)


Senarai Lebuhraya Diskaun 30%

-Projek Pengurusan Air Banjir Dan Terowong (SMART)

-Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)

-Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR)

-Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)

-Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA)

-Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK).

-Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah -(JPP2)

-Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

-Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT)

-Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)

-Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)

-Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)

-Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE)



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Ramai blk kg thn ni beraya mesti jemmm gila ni kan

    BalasPadam
  2. Confirm jam ni.. ramai berebut nak balik kampung tahun ni.. Semoga perjalanan kami semua selamat sampai ke destinasi

    BalasPadam
  3. Dapat juga kurangkan perbelanjaan balik kampung kan.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan