RESEPI BISKUT MAZOLA , HANYA GUNA 4 BAHAN CONFIRM JADI SEDAP


Assalamualaikum dan salam sejahteta . 


RESEPI BISKUT MAZOLA , HANYA GUNA 4 BAHAN CONFIRM JADI SEDAP Biskut mazola ni antara biskut lagend jugak . Bila tengah-tengah buat biskut mazola ni teringat pulak dekat abah Roslee, dia memang sukakan biskut mazola . Begitu juga  salah satu favourite CCL .Mudah sangat nak buat biskut Mazola ni . Bahan-bahan pun mudah je . 



RESEPI , RESEPI BISKUT MAZOLA , BISKUT MAZOLA , RESEPI KUIH RAYA, RESEPI MUDAH BISKUT MAZOLA



BAHAN-BAHAN BISKUT MAZOLA 


-2 cawan kacang tanah (sangai kacang tanah tanpa minyak dan diblender kering)

-½ gula aising (diayak)

-2 ½ tepung gandum (diayak)

-1 cawan minyak mazola



CARA MEMBUAT BISKUT MAZOLA 


  1. Campurkan kacang kisar , gula aising, tepung gandum . Kemudian gaul sehingga sebati .

  2. Masukkan minyak mazola sedikit demi sedikit dan uli sehingga dapat tekstur tepung yang sempurna .

  3. Kalau tekstur adunan tepung dah ok , boleh la mula bentukkan biskut mazola ikut bentuk yang hangpa suka .

  4. Sebagai hiasan, korang boleh letakkan hiasan kacang di atas biskut . CCL hanya sapu kuning telur sahaja.

  5. Bakar dalam oven dengan suhu 150c dalam 20 minit  . 


Selamat mencuba .

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. laaa, senang jaaa rupanyaa eh. sedap pon sedap :)

    BalasPadam
  2. Favourite akak ni, CCL. Tapi raya tahun ni tak ada rezeki makan mazola.

    BalasPadam
  3. Ayah Fiza pun suka sangat Biskut Mazola ni. Setiap tahun akan buat. Mudahkan. Thanks CCL share resepi.

    BalasPadam
  4. sedapnyaa..tapi klo AD buat ni kelaut jadinya..hahaha

    BalasPadam
  5. biskut ni tiaptahun wajib sis buat
    he hee tempahan kwn opis, tiaptahun muncul je dia nak biskut feberet dah dkt 10 thn

    BalasPadam
  6. Kuih biskut kacang ni boleh dikatakan biskut lejen juga. Tradisional turun temurun. Masa saya kecil, kuih kacang antara biskut raya yang wajib mak buat.

    BalasPadam
  7. pernah buat sekali kat rumah mentua...lepas tu mil suruh buat lagi, oven pulak rosak

    BalasPadam
  8. Senang nak buat biskut mazola kan. Memang biskut lejen, dari dulu sampai sekarang tetap diminati.

    BalasPadam
  9. Simple nya bahan..nnt nak try la pkp dkt rumah ni asyik nak mkn ja..tp nak tnya kacang tu kisar halus ka?

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan