TIPS : REBUS SOTONG SUPAYA SAIZ SOTONG TAK MENGECUT DAN ELAK HANYIR



Assalamualaikum dan salam sejahtera


TIPS : REBUS SOTONG SUPAYA SAIZ SOTONG TAK MENGECUT DAN ELAK HANYIR Sotong antara makanan laut yang ramai orang suka. Namun nak masak sotong pun ada caranya barulah saiznya tak mengecut, tak rasa hanyir, elok pejal dan tak liat. Rupanya antara tip nak masak sotong elok kejadiannya, kena rebus sekejap dengan asam keping, sebelum di masak macam biasa ikut citarasa.



TIPS REBUS SOTONG SUPAYA TIDAK MENGECUT, TIPS REBUS SOTONG, CARA REBUS SOTONG, CARA SOTONG TIDAK MENGECUT, SOTONG SEGAR, TIPS PEMILIHAN SOTONG SEGAR



Bahan Diperlukan:

4/5 keping Asam keping

Sotong


Cara Membuat:


1. Mula-mula siang sotong buang semua tulang sotong.


2. Selepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong tu, supaya senang nanti takde la badan ke lain kepala ke lain. Kepala sotong elok terlekat kat badan sotong.


3. Rebus sotong 5-8 minit bersama 4@5keping asam keping. Isi air sama paras dengan sotong.


4. Selepas tu toskan dan boleh lah dimasak.Buang air rebusan sotong dan tak perlu masuk dalam masakan sebab nanti hanyir.


Hasilnya bila masak sotong tak hanyir dan saiznya maintain tak mengecut. Tak lah nanti masa beli besor sotongnya..bila masak kecik jadinya.


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. alahai awat la baru tau..hahahah baik nak cuba lah

    BalasPadam
  2. Akak pun buat macam ni jugak kalau masak sotong. Bila masak sambal, sotong tu akan jadi kenyal & tak lembik. Tapi akak kalau bagi kecut sotong akak tak letak air sebab sotong tu nanti akan keluarkan air jugak nanti.Akak just letak asam keping jer 😊

    BalasPadam
  3. Maklumat yang berguna. Rupanya asam keping rahsianya.

    BalasPadam
  4. boleh ikut tips ni... thanks CCL...

    BalasPadam
  5. Wow.. tips yang bagus.. akak pun baru tau tentang tips nie.. terima kasih tau..

    BalasPadam
  6. Tengok sotong tu terus terbayang sambal tumis sotong. Thanks for the tips, CCL.

    BalasPadam
  7. Kak SA pun buat cara ni...senang dan membantu sgt..bila buat aambal xde la sotong tu kuar air lagi kan...

    BalasPadam
  8. Oooo... Nanti lain kali, boleh cuba cara ni.

    BalasPadam
  9. Thanks share CCL. Good tips

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan