Assalamualaikum dan salam sejahtera .
RESEPI CHICKEN WRAP YANG SIMPLE DAN SEDAP Tiga empat hari yang lepas memang dah keluar ke pasaraya topup barang dapur . Topup barang sikit-sikit je . So semalam teringat nak makan yang simple-simple sahaja . So masuk dapur tengok bahan semuanya ada . Maka terhasillah chicken wrap hasil air tangan CCL .
Bahan-bahan
-bawang merah
-kobis
-lobak merah
-ayam
-mayonis
-sos cili
Cara penyediaan
1.Goreng ayam , CCL pakai brand ayamas so rasa spicy sikit . Siap goreng potongkan kecil-kecil
2.bawang merah, kobis dan lobak merah dihiris halus lalu digaulkan bersama mayonis
3.Sangaikan roti tortilla dalam kuali yg panas tanpa minyak . CCL pilih brand mission . Untuk roti tortilla ni ada banyak pilihan , ada original, oatmeal dan onion . So CCL pilih yang ada onion .
4.Roti tortilla yang siap disangai boleh dimasukkan sayur , ayam dan pippingkan sos cili . Tapi bahan-bahan tak perlu banyak nanti susah nak gulung . Siap untuk dimakan .
Lepas siap macam biasa hantar gambar chicken wraps ini pada cuma ni . Nak bagi rasa pun jauh . Biasa lah hidup PJJ ni banyak yang kena berkorban . Lepas suami balik je dari kerja terus dia pulak masuk dapur buat chicken wraps . Tengok laa perbezaan chicken wraps suami vs chicken wraps isteri .
7 Ulasan
Sedapnya chicken wrap.
BalasPadamsedap lahai, lama tak makan/..
BalasPadamsedap ni...sesuai untuk orang diabetis...kurangkan ambil nasi
BalasPadamDulu rajin juga masak chicken wrap ni...
BalasPadamHehehehhe.... chicken wrap isteri vs suami ye. So sweet!
BalasPadamahh terliur!!
BalasPadamSedap ni. Letak salad yang rangup tu. Tak perlu sos pun takpe. :)
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan