eBelia : RM300 JUTA KREDIT e-TUNAI UNTUK 2 JUTA BELIA DAN PELAJAR SEPENUH MASA DIBUKA 1 JUN 2021

 



 

Assalamualaikum & salam sejahtera


eBelia : RM300 JUTA KREDIT e-TUNAI UNTUK 2 JUTA BELIA DAN PELAJAR SEPENUH MASA DIBUKA 1 JUN 2021 Program eBelia (“eBelia”) yang merupakan sebuah inisiatif kredit e-tunai bernilai RM300 juta akan dibuka kepada sekitar dua (2) juta belia warganegara Malaysia yang layak bermula 1 Jun 2021. Ianya bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (“IPT”) tempatan berdaftar.


Di bawah Belanjawan 2021, sejumlah RM200 juta telah diperuntukkan bagi menyalurkan RM100 kredit e-tunai bagi setiap belia yang layak. Kerajaan telah menambahbaik inisiatif ini dengan peruntukan tambahan sejumlah RM100 juta di bawah program PEMERKASA yang diumumkan Mac lalu, menjadikan keseluruhan peruntukan bagi program ini sebanyak RM300 juta. Dengan faedah tambahan ini, setiap penerima layak mendapat nilai kredit berjumlah RM150, berbanding RM100 sebelum ini.


INFO, E-BELIA, BANTUAN KHAS COVID-19, BANTUAN KHAS PKP , BANTUAN KHAS UNTUK E-BELIA, E-BELIA RM150, CARA TEBUS BANTUAN RM150



eBelia akan ditawarkan melalui empat (4) penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet, yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta1 pengguna aktif, dan jaringan lebih 1 juta2 peniaga di dalam dan luar talian. Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai ini, yang akan disertakan dengan insentif tambahan dalam bentuk cash back, baucar, mata terkumpul atau coins oleh penyedia perkhidmatan e-tunai yang dipilih sepanjang tempoh kempen.



Inisiatif eBelia ini dibuka kepada warganegara Malaysia yang:


Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003); atau

Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar

Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan.


Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021. Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun 2021.



Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. ok kita x msk list eheheh.. sekadar mampu dengar je la

    BalasPadam
  2. Syukurlah pada yang dapat bantuan ini. Berbelanjalah dengan berhemah.

    BalasPadam
  3. Ramai dahhhh claim ebelia ni. Mostly ramai claim dekat shopee hehehe

    BalasPadam
  4. semoga belia boleh rebut peluang ni guna sebaik mungkin

    BalasPadam
  5. alaaa kite dah tua rupanyaa

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan