Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI : CARA MUDAH MEMBUAT AYAM PANDAN Petang tadi tekak teringin nak makan ayam pandan, nak beli malas nak mencari kat supermarket so decide untuk buat sendiri sahaja. Mujur ada juga bahan-bahan . Mudah sahaja nak buat . Cuma perlu sediakan bahan dan gaul sahaja .
Tapi part nak balut ayam menggunakan ayam pandan tu agak mencabar jugaklah . Daun pandan kan tak besar . Saiz kecil-kecil , so CCL usahakan jugak . Biarlah saiz kecil besar pun . Janji dapat balut dengan daun pandan . Bila goreng baru dapat aroma daun pandan tu menusuk hidung tau .
Jom cuba resepi dibawah .
Bahan-bahan
-ayam kisar
-bawang merah
-bawang putih
-halia
-serai
-sos tiram
-minyak
-kicap cair
-serbuk ketumbar
-serbuk lada putih
- gula perang
-daun pandan
Cara penyediaan
- masukkan isi ayam digaulkan bersama bawang merah, bawang putih, halia,serai (ditumbuk halus)
- masukkan sos tiram, kicap cair, serbuk ketumbar, serbuk lada putih, minyak, dan gula perang sebanyak dua sudu kecil
-gaul sehingga sebati , dan perapkan sekejap
-isi ayam yang sudah diperap digulungkan dalam daun pandan . Kukus selamat 10 minit sebelum goreng dalam kuali yang panas
7 Ulasan
mcm nak try. looks so good!
BalasPadamkena cari daun pandan laa gini... bau daun tu yang bangkit rasa
BalasPadamdah 2 kali beli daun pandan, dua kali jugakla layu dalam peti ais...angan2 nak buat ayam pandan sejak bulan puasa lagi... sampai nak habis syawal pun belum jadi...
BalasPadamMesti sedap.. ditambah dengan aroma pandan..
BalasPadamya Allah, sedap ni. lauk ni kaella selalu ambk bila ada dekat restoran
BalasPadamsedapp bau pandan tu kan
BalasPadamsis pun daun pandan blkg umah ni dah gemuk2 rasa nak cantas sikit
blhlah buat jga ni resepi
Memang sedap sangat ni ayam pandan. Sewaktu digoreng, aromanya tu yang sangat menggoda memanggil-manggil untuk makan!
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan