Assalamualaikum dan salam sejahtera .
CARA MEMBUAT KUAH LAKSA MENGGUNAKAN IKAN SARDIN DALAM TIN DAN ULAM-ULAMAN YANG UNIK Memandangkan PKP , tak kerja dan duduk di rumah mula lah setiap hari berlegar-legar dalam kepala nak masak apa . Asal buka facebook je macam-macam menu yang ada . Nampak menyelerakan pulak . So hari ni CCL plan nak makan laksa . First time buat kuah laksa , itu pun CCL try buat kuah laksa menggunakan ikan sardin dalam tin . Alhamdulillah cara penyediaanya sangat mudah . Bahan-bahan pun mudah .
Rasanya tetap macam laksa biasa . Sedap .
Bagi ulam-ulaman pulak nampak unik sedikit tak seperti ulaman yang biasa . CCL letakkan kobis yang dihiris halus , bunga kantan dihiris halus dan lobak merh yang sudah diparut , tak lupa jugak bawang merah dihiris halus .
Bahan-bahan
-sebungkus laksa
-1 tin ikan sardin ( CCL guna tin besar jenama ayam brands)
-6 ulas bawang merah
-4 ulas bawang putih
-bunga kantan
-daun kesum
-5 tangkai cili kering
-belacan
-garam
-air
-telur rebus
-asam keping
Ulam yang dihiris halus
-lobak merah
-bawang putih
-kobis
Cara penyediaan
-Rebus laksa
-masukkan bawang merh , bawang putih , cili kering dan belacan . Masukkan sedikit air ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus .
-masukkan satu tin ikan sardin ke dalam mesin pengisar bersama bahan-bahan tadi . CCL masukkan sekali kuah sardin dalam mesin pengisar dan kisar sehingga betul-betul hancur
-masukan semua bahan ke dalam periuk , masukkan air , masukkan asam keping .
Hampir-hampir mendidih CCL masukkan keratan daun kesum dan sedikit bunga kantan dan garam .
- masak sehingga kuah laksa betul-betul mendidih
9 Ulasan
Sejak akhir-akhir ni ramai yang post entri berkaitan laksa. Tapi tu lah, saya tak makan laksa.. Pernah cuba nak rasa, tapi tekak saya tak boleh masuk..
BalasPadamW'salam Cik CL,
BalasPadamDari hari ke hari nak buat menu laksa guna sardin dalam tin tapi belum sempat.
Asyik tak cukup bahan saja..
wahh boleh cuba ni. sedap tak?
BalasPadamsedapnya
BalasPadamMenariknya guna ikan sardin dlm tin. Mesti rasa lain sikit kann hehe
BalasPadamMenarik. Kalau tetibe craving laksa tapi takde stok ikan boleh try ni
BalasPadammenarikk resepi laksa ni..
BalasPadamwah menarik laksa ni lain dari yg lain.. ingatkan guna ikan sardin fresh tu sebab mak pernah guna ikan sardin fresh..rupanya boleh guna ikan sardin tin jugak :)
BalasPadamMacam senang jee. nk try la.. hihi
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan