Assalamualaikum dan salam sejahtera .
STUDIO RAYA PERLIS : BELUM ADA GAMBAR RAYA BERSAMA YANG TERSAYANG ? JOM PHOTOSHOOT RAYA DI E-STUDIO Raya tahun ni first time sambut raya dengan suami walaupun terpaksa berjauhan dengan suami . Pasangan PJJ . Sorang Perlis , Sorang Kedah . Seberang negeri . Memandangkan musim pandemik COVID-19 ni susah la untuk berulang - alik Perlis ke Kedah , Kedah ke Perlis . Memandangkan sebelum lockdown PKP 3 ni memang syarat untuk pasangan PJJ boleh rentas negeri tetapi kena ada surat dari balai juga ..
So raya pertama dan kedua masing-masing bekerja . Mood raya dalam kerja. Raya kedua baru suami balik ke Perlis setelah selesai urusan kerja . CCL masih bekerja dan terus bekerja sehingga offday . So hari raya first tak dapat nak bergambar berdua dengan suami . Raya kelima baru CCL start bercuti selama seminggu .
Encik suami pula asyik tanya bila nak ootd gambar raya . CCL hanya jawab ala rayakan sebulan , nanti-nanti pun boleh kan . Iya lah baju dah siap sedondon, songkok, siap CCL suruh belikan sampin nak ootd . Jauh disudut hati siapa aja yang tak nak bergambar bersama-sama dengan suami , tambah - tambah lagi tahun pertama beraya dengan suami .Tahun ni CCL memilih tema soft-soft . Light dusty green . Jarang-jarang sekali CCL nak pakai warna soft ni . Alhamdulillah sesuai juha warna ni dengan skin suami dan juga skin CCL
So CCL dah plan dari awal untuk pergi Photoshoot Raya dekat studio yang ada . 2 minggu sebelum Ramadhan CCL ada ternampak dari posting seorang photographer ni , tambah pula Studio dia berdekatan dengan kawasan rumah CCl . So mudah untuk mencari . Segera CCL, whatsapp photographer tersebut untuk tahu pakej dan slot yang available . Alhamdulillah pakej yang ditawarkan amat berpatutan . So tak salah spend sedikit kan . Self rewards macam tu .
Memandangkan CCL tak tahu tarikh nak photoshoot , so CCL minta nak paymentkan dahulu . Tetapi tak boleh , diorang minta CCL confirmkan date dahulu takut slot penuh . Alhamdulillah photoshoot raya kat E Studio berjalan dengan lancar pada pagi Syawal ke-6.
Bangun pagi syawal ke-6, CCL bagitahu suami kejap lagi siap-siap la jom pergi beraya rumah kawan, plan sebenarnya nak pergi photoshoot raya kat studio .hahaha.
So encik suami pun tanya "nak pakai baju apa" jawab CCL "ala pakai aja baju biasa" .
Encik suami bertanya . "bila nak pakai baju raya nak bergambar sama-sama"
jawab CCL "ala nanti boleh"
Padahal CCL dah siap iron baju masing-masing . Seperti biasa kalau nak keluar ke mana-mana Encik Suami lah yang bersiap dulu, perempuan biasa la ambil masa untuk bersiap-siap . Encik suami bersiap dengan lengkap T-shirt hijau dan jeans . CCL yang sudah hampir siap hanya tinggal untuk memakai tudung sahaja , barulah minta Encik Suami tukar baju , pakai kan baju melayu siap songkok dan sampin . Dia pun terkejut juga .
Sebenarnya CCL buat suprise photoshoot raya, bagitahu nak pergi rumah kawan . On the way ke sana , CCL minta encik suami singgah mykori , atas alasan teringin nak makan mykori, padahal studio raya tu atas mykori aja . Elok encik suami parking kereta dia ternampak pulak E-studio . Sepintas encik suami tanya "eh kita ni nak gi photoshoot raya ke " tak jawab pertanyaan Encik Suami lala terus keluar dari kereta menuju ke E-studio .
Dah sampai ke E-studio raya tak ada customer hanya ada abang photographer saja yang menunggu kami berdua . Dalam studio tersebut ada dua background yang berbeza bertemakan salam syawal . Satu background biru terang . Dan satu lagi background putih dengan layout yang berbeza . Alang-alang kami berdua memakai baju theme pastel . So CCL design nak dark background dan tanya pendapat abang photographer sama ada sesuai ataupun tidak . So abang photographer pun cakap sesuai, cantik cun .. So bermulalah sesi photoshoot raya CCL bersama suami selama 30 minit .
Banyak juga gambar yang abang photographer shoot walaupun 30minit . Berbaloi dengan bayaran . So selepas selesai photoshoot abang photographer minta decide sama ada nak edit background ataupun tidak. Setelah diteliti semua background CCL decide untuk pilih background dark green . Memandangkan CCL tengok ramai yang pakai background biru so tukar background untuk nampakkan sedikit kelainan walaupun design yang sama . Bestkan background asal warna biru , effect pada edit boleh tukar-tukar pelbagai warna . Gambar pun letop sangat . High recomended .
So itu serba sedikit perkongsian photoshoot raya CCL bersama suami . Self rewards bagi encik suami gembira sedikit . Memandangkan 2 3 hari sahaja lagi bulan Syawal akan melabuhkan tirai so dikesempatan ini CCL dan suami ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" . Semoga kita semua dapat lagi bertemu bulan Ramadhan dan sama-sama dapat meraikan Syawal .
Exclusive photographer
9 Ulasan
Cantiknya gambar studio dia...
BalasPadamCantek gmbr2 dia...
BalasPadamnice
BalasPadamsimpan kenangan raya 2021
akak tunggu pkp abis nk cari studio
Raya tahun ni dah rancang awal untuk ambil gambar keluar, tapi pkp pulak... Langsung tak jadi.
BalasPadamYa, sesuai baju ngn background... Menyerlah gitu... Selamat Hari Raya... habis dah rayaaa... dalam musim Covid...
BalasPadamCantik-cantik gambarnya. Memang puas hatilah
BalasPadamcantik gambarnya..
BalasPadamCantiknya gambaq.. warna hijau ni mmg lembut suka tgk. Semoga dipermudahkan urusan
BalasPadamharap lepas ni dpt gambar bertiga pula hehe
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan