Assalamualaikum dan salam sejahtera .
CIMS MITI : SURAT PERMOHONAN BEROPERASI SYARIKAT PKP BERMULA 1 JUN 2021 SEHINGGA 14 JUN 2021 Terdahulu telah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa 8 malam Ahad, 30 Mei, 2021 syarikat pembuatan yang telah berdaftar dengan CIMS 3.0 boleh memuat turun surat kelulusan MITI yang baharu dan mengemas kini senarai pekerja mereka. Syarikat pembuatan yang belum mendaftar dengan CIMS 3.0, boleh membuat pendaftaran bermula Isnin, 31 Mei 2021, pada 1 petang. siaran media MITI telah memaklumkan bahawa CIMS 3.0 akan digunakan sebagai pusat sehenti untuk pendaftaran syarikat dalam sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi bermula 1 hingga 14 Jun 2021
Permohonan Beroperasi MITI: Cara Daftar & Login CIMS 3.0
Kalau korang dah pernah mendaftar semasa PKP 1.0 tempoh hari melalui sistem CIMS 2.0, surat tersebut tidak boleh digunakan lagi dan telah terbatal.korang tidak perlu mendaftar lagi, namun hanya perlu memuat turun surat pengesahan pendaftaran terkini melalui sistem CIMS dengan log masuk dan kata laluan yang sama.
Jika korang belum pernah mendaftar, sila daftar melalui laman web MITI https://notification.miti.gov.my
Jika belum pernah berdaftar, sila ikuti langkah berikut:
- Layari laman web https://www.miti.gov.my
- Klik CIMS 3.0
- PERMOHONAN UNTUK SYARIKAT MENERUSKAN OPERASI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) akan dipaparkan
- Klik DAFTAR
- Klik SENARAI SOP TERKINI untuk membantu syarikat anda diberi KELULUSAN untuk beroperasi semasa PKP 2.0
- Setelah selesai membaca SOP MITI, klik ✓ pada kotak pengesahan.
- Korang akan diarahkan untuk mengisi maklumat berikut:
- Isikan Nama Penuh
- Isikan Email
- Isikan Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
- Masukkan Kata Laluan
- Masukkan Kata Laluan sekali lagi
- Masukkan No Lesen Pengilang ATAU No Pendaftaran SSM dan No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS
- Klik Daftar
- Setelah berjaya,korang akan menerima Pengesahan Pendaftaran Syarikat dan Kebenaran Beroperasi MITI seperti di bawah.
Panduan Muat Turun Surat Kebenaran MITI Di CIMS 3.0
Bagi yang sudah berdaftar di CIMS 3.0 sebelum ini dan syarikat korang adalah di dalam sektor yang dibenarkan beroperasi, koramg hanya perlu log masuk ke CIMS dan muat turun surat baharu (panduan di grafik).
Sila rujuk langkah di bawah untuk memuat turun surat kebenaran MITI yang terkini.
Bagi yang belum berdaftar, klik tutorial ini utk panduan https://youtu.be/CGwCIak7xs8
Korang juga boleh merujuk video pendaftaran / permohonan beroperasi MITI dalam video di bawah: https://www.miti.gov.my/redir/pkp/cims.html
SOP MITI
- Majikan bertanggungjawab untuk memuat turun surat notifikasi pengesahan pendaftaran untuk membolehkan pergerakan pekerja dalam tempoh PKP.
- Pekerja syarikat yang dibenarkan untuk berada di tempat kerja pada satu-satu masa adalah wajib membawa sesalinan surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang dibekalkan oleh majikan bersama pas pekerja/surat pengesahan majikan.
- Ini bertujuan mempermudahkan pergerakan kenderaan komersial dan juga pergerakan pekerja antara kediaman dan tempat kerja.
- Pihak MITI telah memaklumkan kepada pihak PDRM berhubung perkara ini bagi memudahkan pergerakan di operasi sekatan jalan raya (SJR).
- Majikan yang didapati melanggar dan tidak mematuhi SOP akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk menutup premis berkenaan.
4 Ulasan
Maksudnya bukanlah sekatan pergerakan penuh (total lockdown). Serupa dengan PKPPPPPP dan pelbagai P yang lain. Kes pun tak menunjukkan penurunan lagi.
BalasPadamkita jumaat lalu dah dapat surat dari company dan dari BNM. tapi belum guna lagi sebab isnin wfh semalam dan arini masih cuti hari gawai
BalasPadambila buat cara mcm ni..semakin ketat lah, xde lah yg menipu surat kan! bagus juge ni..
BalasPadamAda info macam ni senang boleh refer kat sini...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan