Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI : CARA MUDAH MEMBUAT AYAM PANDAN Petang tadi tekak teringin nak makan ayam pandan, nak beli malas nak mencari kat supermarket so decide untuk buat sendiri sahaja. Mujur ada juga bahan-bahan . Mudah sahaja nak buat . Cuma perlu sediakan bahan dan gaul sahaja .
Tapi part nak balut ayam menggunakan ayam pandan tu agak mencabar jugaklah . Daun pandan kan tak besar . Saiz kecil-kecil , so CCL usahakan jugak . Biarlah saiz kecil besar pun . Janji dapat balut dengan daun pandan . Bila goreng baru dapat aroma daun pandan tu menusuk hidung tau .
Jom cuba resepi dibawah .
Bahan-bahan
-ayam kisar
-bawang merah
-bawang putih
-halia
-serai
-sos tiram
-minyak
-kicap cair
-serbuk ketumbar
-serbuk lada putih
- gula perang
-daun pandan
Cara penyediaan
- masukkan isi ayam digaulkan bersama bawang merah, bawang putih, halia,serai (ditumbuk halus)
- masukkan sos tiram, kicap cair, serbuk ketumbar, serbuk lada putih, minyak, dan gula perang sebanyak dua sudu kecil
-gaul sehingga sebati , dan perapkan sekejap
-isi ayam yang sudah diperap digulungkan dalam daun pandan . Kukus selamat 10 minit sebelum goreng dalam kuali yang panas











