Assalamualaikum & salam sejahtera
Semut musuh utama gula ! Hangpa pun mesti pernah alamikan bekas gula dibanjiri sekampung semut . Gula dengan semut berpisah tiadalah katakan . Dimana ada gula disitu semut ada . Tapi kali ni CCL nak kongsikan tips untuk halau dan hindari dari semut. Gula hangpa yang dimasuki semut masih lagi bersih dan boleh digunakan . Cuma kena pastikan semua semut dibuang terlebih dahulu .
Ada beberapa cara hangpa boleh pillih untuk diguna pakai .
Cili kering
Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula yang dibanjiri semut, tutup ala kadar untuk bolehkan semut keluar . Jangan risau cili kering ni takkan tinggalkan rasa pedas pun pada gula .
Asam keping
Masukkan beberapa keping asam gelugur. Jangan risau asam keping pun takkan buat gula berubah rasa .
Kayu manis & cengkih
Masukkan salah satu rempah ini ke dalam bekas gula . Dan macam biasa semut akan keluar kerana tak suka bau rempah ratus.
Pisau
Bunyi agak pelik , tetapi petua ini telah ramai yang dah guna pakai dan berjaya halau semut .
Jemur bawah matahari
Untuk jumlah yang besar hangpa juga boleh guna kaedah jemur bawah matahari . Sebab semutkan tak suka panas so sama juga dengan petua letak bekas gula di tepi dapur .
Hangpa boleh guna ja mana-mana petua yang mudah untuk diguna pakai.









