Assalamualaikum dan salam sejahteta .
RESEPI BISKUT MAZOLA , HANYA GUNA 4 BAHAN CONFIRM JADI SEDAP Biskut mazola ni antara biskut lagend jugak . Bila tengah-tengah buat biskut mazola ni teringat pulak dekat abah Roslee, dia memang sukakan biskut mazola . Begitu juga salah satu favourite CCL .Mudah sangat nak buat biskut Mazola ni . Bahan-bahan pun mudah je .
BAHAN-BAHAN BISKUT MAZOLA
-2 cawan kacang tanah (sangai kacang tanah tanpa minyak dan diblender kering)
-½ gula aising (diayak)
-2 ½ tepung gandum (diayak)
-1 cawan minyak mazola
CARA MEMBUAT BISKUT MAZOLA
Campurkan kacang kisar , gula aising, tepung gandum . Kemudian gaul sehingga sebati .
Masukkan minyak mazola sedikit demi sedikit dan uli sehingga dapat tekstur tepung yang sempurna .
Kalau tekstur adunan tepung dah ok , boleh la mula bentukkan biskut mazola ikut bentuk yang hangpa suka .
Sebagai hiasan, korang boleh letakkan hiasan kacang di atas biskut . CCL hanya sapu kuning telur sahaja.
Bakar dalam oven dengan suhu 150c dalam 20 minit .
Selamat mencuba .

