Menu Berbuka Ramadan Ke-3 : Cencaru Sumbat Nyior & Kangkung Goreng

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Menu Berbuka Ramadan Ke-3 : Cencaru Sumbat Nyior & Kangkung Goreng

menu ramadhan, menu ringkas, menu simple, kangkung goreng, pekasam daging,karipap goreng, ulam kangkung rebus

Salam Ramadan yang ke tiga . Hari ni baru sempat nak snap gambar menu berbuka . Puasa pertama dengan family , adik-beradik sebelah ayah  . Memandangkan arwah tok baru sahaja meninggal sehari sebelum puasa . So decide untuk berbuka rumah tokwan supaya tokwan tak rasa sunyi . Puasa hari kedua pun dengan family juga . Balik kampung berbuka puasa dengan family sebelah mak . Puasa yang ketiga hari ni baru dapat berbuka puasa dengan family di rumah . Tak kisah mana-mana tempat asalkan moment berbuka puasa dengan family tu penting . 

Ramadan ke-3 cukup hanya menu seringkas ini untuk kami 4 orang . Adik CCL dah gerak balik Selangor dari puasa kedua lagi . 


Menu ramadan ke-3

  • Cencaru sumbat kelapa
  • Kangkung goreng
  • Pekasam daging
  • Ikan kembung goreng 
  • Karipap daging
  • Kangkung rebus (ulam)
  • Air asam perut (tupperware tudung biru, terlupa nak buka)
  • Air strawberry yougart 

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Alhamdulillah
    Selamat berbuka puasa

    BalasPadam
  2. seronok dpt berbuka dgn family.. salam ramadhan buat CCL sekeluarga..

    BalasPadam
  3. salam takziah CCL...maaf lambat tahu
    menu saya petang ni pun rasa macam nak buat cencaru sumbat

    BalasPadam
  4. salam takziah...alfatihah utk arwah tok.....wah ada menu air asam perut..sedap tu

    BalasPadam
  5. salam takziah
    ALfatihah untuk arwah tok CCL

    BalasPadam
  6. lady masih belum berkesempatan untuk berbuka di rumah..

    puasa pertama rumah mak sendiri
    puasa kedua rumah mak mertua
    puasa ketiga rumah mak mertua lagi sebab kakak ipar balik
    puasa keempat rumah mak sendiri..

    begitulah duk ulang alik ulang alik.. penat juga masak dari rumah, angkut semua perkakas termasuk pinggang mangkuk sudu garfu ke rumah maklepas tu bawa balik .. basuh.. dan besok teruskan seperti hari ini :D..

    BalasPadam
  7. Saya pilih pekasam daging & kangkung celur...terliur sangat

    BalasPadam
  8. Menu yang bisa mengundang tambah nasi 2 pinggan ni

    BalasPadam
  9. Teringin pekasam itu. Rasanya belum pernah cuba pekasam daging.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan