Makan Tengahari di Dusun Riffa, Changlun Dusun Riffa ni adalah kawasan dusun terletak di Changlun Kedah , yang menyajikan makanan Thai . Antara menu yang paling wajib cuba kalau singgah sana adalah Miang Pla . Selain tu ada jugak makanan-makanan thai yang lain seperti tomyam , sup, kerabu, pulut ayam , pulut pelam dan beraneka lagi makanan Thai . Makanan vendor pun beraneka jenis
. Pelbagai dessert dan juga air balang .
Dusun Riffa beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga petang . Pengunjung yang datang ke sini memang tak putus-putus . CCL dan kawan pergi hari weekday . Time sampai tu baru pukul 1 tengahari . Orang memang full sangat .
Nak masuk ke Dusun Riffa ni agak dalam dan separuh jalan sudah diturap dengan tar , dan separuh lagi jalan berbatu . So memang kena bawa kereta dengan perlahan. Perjalanan yang agak dalam tapi jangan risau ada signboad memudahkan pengunjung untuk datang . Mujur time pergi tu walaupun parking penuh , alhamdulillah setelah dicari-cari dapat juga parking lot yang kosong . Dekat juga dengan Dusun Riffa tersebut . Tips baca doa makan okeyh . Dapat parking dekat pun salah satu rezeki, disebabkan kawan CCL bawa anak kecil so lagi memudahkan tak perlu jalan jauh-jauh .
Cara order kat sini , order kat kaunter pastu bayar terus . Part ini bagi geng lelaki jer turun order makanan , mujur la bagus juga disebabkan tak nak bersesak-sesak di bahagian kaunter order makanan diorang ambil menu lalu masuk dalam kereta decide nak makan apa, dan diorang terus ke kaunter pesanan .
Ok part geng-geng perempuan pulak mencari tempat makan . Tempat makan memang banyak dan luas . Ada juga bahagian pondok-pondok makan dan juga pondok rumah yang boleh disewa sekitar harga RM30 - RM50 . Kalau korang bawa ramai family bolehla sewa satu pondok tu . Boleh makan sambil santai-santai .
Then tunggu makanan siap. Oh ya disini self service ya . Makanan yang dah siap korang kena pergi ambil sendiri di kaunter makanan . Nama customer akan dipanggil setelah makanan siap . So yang ni kena alert laa . Jangan ralit bersembang pulak kan .
Antara menu yang kami 4 orang order adalah
Miang Pla (RM39)
Boleh pilih sama ada nak ikan talapia ataupun ikan siakap . CCL decide untuk pilih ikan siakap . Ikan besar memang cukup untuk 4 orang makan . Tak berbau hanyir dan paling penting ikan ni nampak fresh sangat .Nak makan Miang Pla ni pun ada caranya tau ! Salah makan maka jadi tak sedap la Miang Pla hangpa sebab ikan tersebut disalut dengan garam kasar sebelum dibakar . So cara makannya makan isi lapisan atas, cabut tulang ikan dan makan isi lapisan bawah , jangan sesekali terbalikkan ikan tersebut takut air garam turun ke isi ikan , so isi ikan hangpa akan rasa madin kalau salah teknik . Hadir dengan 3 jenis sos cicahan yang berbeza rasa dan bawang goreng . Memang sedap ! Gabungan rasa pedas, manis dan masam .
Daging bakar dannok (RM10)
Daging bakar dannok ni bagi CCL rasanya biasa-biasa ja . Sos pencicah daging tersebut pun biasa-biasa saja , tak berapa pedas . Tapi budak-budak boleh makan .
Sup Tulang Thai (RM15)
Yes yang menu ni sedap . Hadir dengan daging yang lembut . Cukup rasa masam dan manis . Sup daging dia agak berbeza macam sup daging yang selalu kita buat kat rumah tu .
Udang Galah Bakar (RM39)
Udang galah ni besar, rasa manis udang tu masih ada walaupun dah bakar, isi pun nampak fresh . Hadir dengan dua sos pencicah yang sedap . Pedas-pedas manis
Kerabu seafood (RM12)
Sedap cukup rasa manis masam pedas . Tapi tidak terlalu pedas budak-budak pun boleh makan .
Pulut mangga (RM10)
Wajib try ! Sepinggan ni hanya RM10 saja weii . Macam terbeliak biji mata tengok pasai muqah sangat . Hadir dengan sebiji pelam yang siap dikupas comel-comel. Rasa santan pekat berlemak . Pulut pun lembut saja .. memang sedap .
Itu antara menu yang CCL dah cuba cukup banyak untuk 4 orang makan . Berbaloi datang ramai-ramai ke sini boleh cuba banyak makanan .
Di Dusun Riffa ni juga tersedia surau dan juga tandas yang memudahkan pengunjung untuk guna . Selain itu terdapat juga aktiviti ATV.
Dusun Riffa , Changlun Kedah
Operasi jam 11pagi - 7petang
Dibuka pada setiap hari
13 Ulasan
Ramai dah sampai sini.... Bilalah rezeki PH ☺️
BalasPadamMakan dalam dusun mesti seronok
BalasPadamMeriah lauk..
ramai nya..menu semua nampak sedap2..alhamdulillah
BalasPadamMeriah betul menu2nya. Terliur tengok. Especially pulut mangga tu 🤤
BalasPadamMesti best makan kat sini dengan kehijauan di sekeliling. Teringin juga nak makan kat sini. Tunggu balik Kedah dulu.
BalasPadamWah..menarik untuk akak cuba ni. Changlun tak jauh.
BalasPadamKalau pergi lepas pukul 2 petang, kurang sesak agaknya kan…
byk jugak tngok good review Dusun Riffa ni.. nak kena pergi jugak nanti hehe
BalasPadamMenarik betul tempatnya. Patutlah ramai orang. Makanan pun banyak pilihan dan pelbagai. Teringin nak mencuba Miang Pla. Kalau ke Kedah, bolehlah masuk tempat ni dalam senarai kan. Terima kasih share.
BalasPadamNampak harga memang berbaloi. Seronok jugak sekali-sekala datang tempat macam ni.
BalasPadamterliuq wei..baru tahu pasal Miang Pla tu. nak makan pun ada teknik ye
BalasPadamambil inspirasi dari Kg Daun ke ni?
BalasPadammenu pelbagai. tu jg antara tarikan ke sini👍👍
Changlun tu nun sana tu.. ntah bila boleh sampai hihii
BalasPadam1st time waktu makan ikan miangpla tu.. ldy makan kulit yg masin tu.. lepas tu terus ldy x mkn.. duk pikirf2 knp org boleh mkn masin sgt tu.. rupa2nya kulit tu shj yg masin, isinya x lah masin :P
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan