10 Mac 2024 : Pemergian Arwah Tok Che Mah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

10 Mac 2024 : Pemergian Arwah Tok Mungkin permulaan yang sedih sedikit bulan ni  untuk diri CCL . Tarikh keramat 10 Mac 2024 , tok CCL iaitu emak kepada ayah CCL telah menghembus nafas terakhir . 

cerita ccl , kenangan arwah tok , pengkebumian arwah tok

Kisahnya seminggu yang lepas kesihatan arwah tok CCL semakin merosot . Arwah tok tiada sakit apa, cumanya sakit tua . Umur pun dah 82 tahun . Seminggu yang lepas ada sedikit perubahan pada diri tok , tok hilang selera makan, hilang selera untuk minum . hanya terbaring dia atas katil dalam bilik..lemah dan tak berdaya . Tetapi semalam arwah tok sedikit ok, ada juga selera makan .

Adik beradik semua masing-masing tak jauh jarak dengan tok, boleh dikatakan tiap hati bergilir-gilir datang jenguk dan pantau kesihatan tok . Setiap petang ahad seperti biasa kebanyakkan adik beradik berkumpul di rumah tok . Disebabkan rumah keluarga CCL dan rumah tok sangat dekat so kami semua decide untuk balik rumah memandangkan sudah Maghrib . 

Tokwan berat hati nak minta adik beradik semua supaya tidak balik ke rumah masing-masing . Stay sahaja situ . Mungkin tokwan rasa tak sedap hati . So sepupu-sepupu CCL pun batalkan niat untuk balik rumah , sebaliknya menginap di rumah tokwan . 

Lepas maghrib tok menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, anak menantu dan cucu-cucu . Semua memang berderai air mata . So pak menakan CCL call ambulans  datang rumah untuk pengesahan kematian . Setelah beberapa minit dokter check nadi arwah tok memang dah tiada . 

 Innalillahiwainnailaihirajiun . Sedekahkan Al-fatihah untuk arwah tok CCL ya . 

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.
    Takziah buat CCL sekeluarga.
    Salam Ramadan Al Kareem buat CCL sekeluarga.
    Selamat menjalani ibadah puasa.

    BalasPadam
  2. Innalillahiwainnailahirajiun.
    Semoga Allah merahmati Tok CCL.

    BalasPadam
  3. innalillahiwainnailaihirojiuuunnn

    BalasPadam
  4. mesti tok wan sedih sgt....and permintaan tok wan utk semua stay tu, dia mcm dah rasa yer..:-(
    al fatihah buat arwah tok che mah

    BalasPadam
  5. اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
    Semoga terus kuat, sabar dan tabah kehilangan orang yang tersayang.

    Salam Ramadan dan selamat berpuasa CCL & keluarga.

    BalasPadam
  6. Innalillahiwainnailaihirojiun..salam takziah buat CCL dan keluarga ..

    BalasPadam
  7. اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan