Assalamualaikum dan salam sejahtera
Drama Dia Dari Syurga Drama ramadan di RTM , Dia dari Syurga, episod pertama ditayangkan pada 11 Mac 2024, tayang setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 12.05 minit tengah hari di Tv1. Drama ni diinspirasi dari drama bersiri yang pernah di tayangkan di RTM dahulu, yang bertajuk Korban Kasih .
Raisha ( Ummi Nazeera) berkahwin dengan Abdul Kalil dan menjadi kesayangan keluarga mertuanya. Walaupun Farizah ( Fazlina Hj Ahmad Daud) mempunyai sedikit konflik dengan Abdul Kalil kerana menyangka yang Abdul Khalil adalah penyebab kematian arwah suaminya tetapi dia tetap menyayangi Raisha, anggap Raisha seperti anaknya sendiri.
Selepas kematian Abdul Kalil, Raisha tetap tinggal dan menjaga keluarga arwah Abdul Kalil kerana dia pernah berjanji dengan arwah suaminya ,seandainya suaminya "pergi" dahulu, dia tak akan tinggalkan keluarga suaminya, tetap menjaga mereka sehinggalah Raisha bertemu orang lain ( suami baru).
Namun janjinya terhadap Abdul kalil kini menjadi sukar untuk ditunaikannya setelah kemunculan Ahmad Kalil, kembar seiras Abdul Kalil yang terpisah sewaktu kecil, kini datang untuk menjaga Farizah. Pelbagai faktor yang difikirkan oleh Raisha untuk keluarga dari rumah tersebut, antaranya dia sering teringatkan arwah suaminya apabila melihat wajah Ahmad Kalil dan tidak manis dia tinggal dirumah tersebut kerana dia dan Ahmad Kalil bukan mahram.
Raisha nekad untuk keluar dari rumah tersebut tetapi terdapat permintaan dari ahli keluarga untuk dia berkahwin dengan Ahmad Kalil demi untuk menjaga Farizah.
Drama ni sedih, kisah pengorbanan anak menantu menjaga mertua. Selain itu ada diselitkan kisah rumahtangga ipar Raisha yang turut mempunyai konflik keluarga.
Baru tayang 3 episod tapi dah ada dua babak Fazlina Hj Ahmad Daud menampar dengan bersungguh sungguh pipi Alif Aziz.
Jika terlepas menonton di tv1, boleh menonton drama ni di RTM Klik.
5 Ulasan
kalau pelakonnya tak diminati mmg tidak tengok la jwbnya
BalasPadamlama tk tgk drama tp slalunya plakon fav tgk la juga tp dkt tv3 or astro..rtm jrg sgt la tgk
BalasPadamalamak! ada dia laa
BalasPadamhhehe
x pe laaa
baca pun dah sedih... xsanggup nak tengok lagi.. :(( hati xboleh tgk sedih2.. terbawa2 dalam mimpi.. hihihi.. tp suka baca.. tulislah lagi :D
BalasPadamhurmm masih vibe Rindu Kasih (TV3) tapi Dia Dari Syurga ni ada si alp pulak hurmmm maleh la nak tengok :P
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan