Blogger Suria Amanda Hadiahkan Periuk Labu

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Blogger Suria Amanda Hadiahkan Periuk Labu Seminggu yang lepas, CCL terima parcel dari seseorang . Siapakah gerangannya ? Jenggg ! Jenggg ! Jenggg ! .Parcel tersebut daripada akak SA empunya blog Suria Amanda . Beberapa minggu yang lepas Blogger Suria Amanda (SA) umumkan top komentator february 2024 menerusi blog beliau . Ada 10 blogger yang tersenarai  sebagai kaki komen yang paling banyak 
Korang boleh tengok link entri di sini . Jadi sebagai penghargaan kepada pembaca blog akak SA, CCL dipilih untuk menerima cenderahati  . Nak tahu apa dia ? 

Taraaa ! CCL dapat periuk labu .. 


Periuk labu, periuk design buah labu , periuk non stick, periuk comel , hadiah dari blogger , harga periuk labu

Periuk labu ni bukan khas untuk masak menu-menu labu yerr . Boleh masak macam-macam , cuma design periuk ni seakan bentuk buah labu . Design yang sangat comel, tambahan pula warna pink lagi bertambah comel .  Oh ya, pemegang kiri kanan periuk dan juga pemegang pada penutup periuk tu kena pasang sendiri yer . Mujur ada adik lelaki CCL yang tolong pasangkan . Pasang tu mudah dah tersedia beberapa skru bagi mengukuhkan lagi tempat pemegang tersebut . Design periuk ni pun nampak mahal . 

Periuk labu ni juga besar yer , boleh la masak dalam kuantiti yang banyak . Tak sabar rasanya CCL nak memasak rasmi periuk labu pemberian akak SA ni . 

Kepada akak SA , terima kasih beri cenderahati yang sangat bermanfaat untuk CCL . Bila memasak guna periuk ni auto teringatkan akak SA , sekali gus teringat juga setiap menu yang akak SA selalu share dalam blog beliau . CCL doakan semoga akak SA sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat kelak . 

Sekali lagi , terima kasih buat Blogger Suria Amanda . 

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Tahniah...cantik periuk warna pink ..

    BalasPadam
  2. Alaaa comelnyaaa periuk tu, pink lagi warnanya ...rezeki ramadan ..

    BalasPadam
  3. Makin rajin lah memasak lepas ni.

    BalasPadam
  4. Tahniah dapat hadiah.
    Cantik periuknya.

    BalasPadam
  5. Comel periuk bentuk labu. Memasak sambil senyum tengok periuk cantik!
    Tahniah CCL 👏🏽

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..tahniah dapat periuk cantik :)

    BalasPadam
  7. Selamat memasak. Mesti semangat membara untuk guna.

    BalasPadam
  8. Eh, comel la pulak!

    Uncle pernah jumap SA in person!

    BalasPadam
  9. Cantik!
    Tahniah CCL 👍
    Dah rasmi nanti, share le menu & reviewnya hihi

    BalasPadam
  10. Wah comelnya. Ini yang sayang nak guna ni kalau pink. hihi...Alhamdulillah. Tahniah Lyana. Semoga kak SA sentiasa dilimpahi rezeki. Aamiin..

    BalasPadam
  11. wah cantik....bole masak mcm2 menu berbuka nanti

    BalasPadam
  12. wah...semangat nak memasak dpt periuk cantik camni..

    BalasPadam
  13. aaa. cutenyaaa.. pinky lagi tu

    BalasPadam
  14. Yeay dah sampai...nanti masak guna periuk ni ingat akak tau..hahaha....apapun thanks for your support...

    BalasPadam
  15. cantiknye periuk labu... tahniah.. boleh guna ..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan