Dah Cuba Kurma Butter Yang Viral .. Tapi ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Dah Cuba Kurma Butter Yang Viral.. Tapi.. Semenjak bulan Ramadan ni terlalu lalang saja di media sosial 'Kurma Butter Viral' . Japp nak tanya siapa yang paling awal cipta resepi kurma viral ni ehh .. tiba-tiba viral .hahaaa . Kreatif memang laa kreatif tapi dari segi kesihatan akan ada kebaikkan dan juga kekurangannya . Untuk pengambilan yang banyak tidak baik untuk kesihatan . Bukan tu sahaja ia juga dapat menyebabkan kegemukkan apabila paras kalori tinggi dalam tubuh badan . Pengambilan secara berlebihan juga menyebabkan paras kolestrol jahat meningkat dan secara tidak langsung menungkatkan risiko sakit jantung . 

Setelah beberapa hari lalu lalang . Kejap tadi lepas berbuka puasa biar nasi dan segala lauk lauk turun ke dalam perut . Duduk relax-relax dulu barulah teringat nak mencuba resepi kurma butter yang tengah viral ni . 

Kurma butter, kurma butter viral, resepi kurma butter viral, kurma butter yang tengah viral , rasa kurma butter viral , butter lurpak,

Inilah rupa bentuk kurma butter viral tue . Mudah ja nak buat , korang just basuh dulu kurma tue, belah tengah dah keluarkan biji kurma tersebut and then boleh selitkan butter di dalam kurma . Hasil kejadiaan macam dalam gambar . 

CCL macam teragak-agak nak makan kurma ni , tapi ada yang cakap rasa manis-manis berlemak . So nak tak nak benda dah buat kena juga makan . So far CCL buat ni sebiji kurma sahaja untuk diri sendiri saja nak cuba . Kalau tak cuba tak tahu rasa macam mana . So bila dah sebiji ni masuk kedalam mulut . Kunyah kunyah dan terus kunyah, cakap dalam hati terus insaf tak nak cuba dah resepi viral ni . Kali pertama dan terakhir . Resepi ni memang tak kena dengan tekak CCL . Rasa manis kurma tu ok , bila dah kunyah rasa muak sekaligus oily sedikit . Memang muak sangat !


Kurma butter, kurma butter viral, resepi kurma butter viral, kurma butter yang tengah viral , rasa kurma butter viral , butter lurpak,

CCL guna unsalted butter jenama Lurpak . Tak pasti kalau guna butter lain rasanya akan sedikit berbeza ikut kepada pemilihan butter . Ada yang letak kekacang mungkin rasanya akan berlemak gitu . 

So far , for me memang muak dan tak kena dengan citarasa tekak . Mybe dengan uolss sedap . Citarasa kita kan berbeza , tak sama so penentuan atas apa diri masing-masing . Apa-apa pun tidak disarankan makan dalam kuantiti yang banyak . Jaga kesihatan . 


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Itu lah. Macam-macam trend sekarang. 🤣

    BalasPadam
  2. CUya tak try lagi resipi ni.. nnti nk try laa

    BalasPadam
  3. Saya tak cuba lagi. Ada orang suka dan ada orang tak kena dengan tekak.

    BalasPadam
  4. Tu pasal Syu tak makam dengan butter. Sebab inilah. Muak 😂. Cuba CCL makan dengan keju Salim. Yang ni memang sedap 😁.

    BalasPadam
  5. Pasti butter ori yer.. bukan butter palsu atau magerin atau planta hihii

    BalasPadam
  6. Akak x bernai nak mencuba..kang takut lain jadinya..

    BalasPadam
  7. kurma butter ni last year lg tgk org share tp thn ni br viral...tk try lg tp adik ipar dh buat katanya sedap...

    BalasPadam
  8. ammi tak pernah try pun lagi sbb kurma pun takde kat rumah.

    BalasPadam
  9. belum rasa nak cuba walapun kedua2nya ada di rumah...

    BalasPadam
  10. Belum cuba lagi dan rasanya tidak akan cuba sebab suka kurma seadanya.

    BalasPadam
  11. memang x cuba pun, mcm tak leh imagine plak...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan