Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dapat Bubur Lambuk Bubur lambuk ni memang antara menu wajib laa tiap kali masuk bulan Ramadan . Ianya akan dimasak secara gotong-royong di masjid, surau dan di mana-mana sahaja tempat lalu diagihkan kepada orang ramai . Memang setiap tahun CCL akan dapat bubur lambuk dari agihan orang ramai .
Satu Tupperware bubur lambuk ni sebagai juadah sahur pagi ni dah cukup mengenyangkan . Rasa bubur lambuk memang kena dengan selera tekak CCL .
Bubur lambuk bagi setiap negeri juga berbeza dari segi cara masakan . Ada juga yang gemar memasak bubur lambuk ni dengan rasa berempah dan ada juga yang letakkan banyak sayuran . Apa-apa pun bubur lambuk ni memang famous satu Malaysia bila tiba Ramadan .
6 Ulasan
Sedapnya dapat bubur lambuk. Rezeki dapat bubur lambuk di bulan Ramadan ni. Sebagai orang Johor, saya suka bubur lambuk versi Johor.
BalasPadamKann. Kat tempat saya, bubur lambuk ada isi ikan selayang dan ada banyak daun ulam macam pucuk manis, pucuk kayu dan daun kaduk.
BalasPadamsedapnye bubur lambur.. bubur lambuk di trg warna hijau .. hihi.. sebab daun dan ikan byk...
BalasPadamSaya memang suka bubur lambuk yang banyak kacang, bahan dan berempah. Paling penting tidak terlalu masin.
BalasPadamsedap nya bubur lambuk. tp belum ada yg kena di tekak. suka bubur lambuk yang letak ikan (macam kuah laksa tu) + daun kesum. masyaallah sedap!
BalasPadamfav MA ni.. alhamdulillah tahun ni selalu juga dpt
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan