FILEM : DAMSEL

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Filem damsel, sinopsis filem damsel, tonton online filem damsel, neflix damsel, filem top neflix

FILEM : DAMSEL  Filem fantasi Amerika ini mengisahkan Puteri Elodie (Millie Bobby Brown ) dilamar oleh putera raja dari negara yang Elodie tak pernah dengar pun. Atas nasihat ayahnya yang mengatakan perkahwinan tu bakal memberi manfaat pada rakyat mereka, Elodie setuju. 

Sejurus selepas majlis perkahwinan, Elodie di bawa ke sebuah gua oleh suaminya untuk upacara penghormatan kepada leluhurnya. Rupanya Elodie ditipu, perkahwinan tu hanyalah alasan untuk Elodie keluar jauh  mengembara dari negaranya untuk di jadikan santapan seekor naga. Elodie di campak oleh suaminya sendiri ke dalam lohong yang dalam. Maka  bermula lah pertarungan Elodie dengan seekor naga yang penuh amarah dan dendam. Elodie perlu mencari jalan untuk selamatkan diri sebelum dia hangus terbakar terkena hembusan api naga.

Millie Bobby Brown berjaya membawa watak Elodie dengan baik. Lasak dan bijak . CGI cerita ni ada masa cantik, ada masa nampak agak kartun , (ada satu  babak naga menghembus api) .  Itu pandangan peribadi CCL, mungkin akan ada perbezaan pandangan dengan orang lain) CCL suka watak ibu tiri Elodie, seorang ibu tiri yang penyayang yang pada mulanya CCL ingatkan dia ni jahat . 

Sesuai untuk tontonan seisi keluarga. 

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. wah..boleh la tengok nanti kebetulan akak baru habis tengok drama korea Doctor Slump

    BalasPadam
  2. baru tengok cerita nie...
    linda igt ad 1 cerita psal naga jugak..mcm nie..tp yg tu naga jantan, mula2 tu sama lah..konon2 nya nk jadi korban, sekali ad perasaan romantik plak antara naga + girl tu..tak igt tajuk dia...tp linda tak tgok lah

    BalasPadam
  3. mcm menarik jugak ni.leh layan nanti.. tq CCL

    BalasPadam
  4. lady br je tengok sinopsis certite ni... nmpk mcm sedap... (trg byk penggunaan sedap, makanan sedap, tengok movie sedap, bau perfume sedap)

    BalasPadam
  5. tengok poster macam cerita seram!

    BalasPadam
  6. Kalau macam tu nak try tengok la movie ni.

    BalasPadam
  7. Cerita ni best! 👏🏻😁

    BalasPadam
  8. Oh pantas ada naga pas saya liat trailer. Tadi macam aneh sikit, tapi setelah baca review kakak macam best film nih. Jadi teringin nak nonton ☺️.

    BalasPadam
  9. so Damsel tu merujuk kepada lohong tu ke?

    BalasPadam
  10. masuk dlm list dulu..ramai review ckp citer ni best..nnti kena tggu amik mood dulu baru tgk..hehe

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan