Drama TV3 | Drama Reset Jalan Kedua

 

Assalamualaikum dan hai semua !

Drama TV3 | Drama Reset Jalan Kedua

Bila tengok tajuk drama Reset Jalan Kedua, CCL terus tertarik. Macam ada sesuatu yang nak disampaikan melalui tajuk ni kan? Reset, jalan kedua… seolah-olah memberi gambaran tentang peluang untuk memulakan semula kehidupan..Kali ni kan TV3  menampilkan drama baru yang akan mengisi slot Lestary bermula 30 Oktober 2026. Drama yang mengangkat kisah perjuangan anak muda yang sering dibayangi prasangka.. Kalau uguys jenis suka drama yang ada konflik kehidupan, kisah perjuangan dan mesej yang boleh dijadikan pengajaran, mungkin drama ni boleh masuk dalam senarai tontonan kan ..


Drama Reset Jalan Kedua

  • Episod: 13
  • Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2026
  • Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
  • Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
  • Idea / Skrip: Amar Amir, Mamuvies, Fairul Nizam Ablah
  • Pengarah: Fairul Nizam Ablah
  • Produksi: Anomalous Films


Barisan Pelakon Drama Reset Jalan Kedua

  • Lorenzo Irmann sebagai Rudy
  • Amylia Aidura sebagai Mira
  • Idan Aedan sebagai Khairy
  • Ellyza Azizi sebagai Alia
  • Maxximus Towle sebagai Amri
  • Sharifah Zarina sebagai Salmah
  • Arash Mohd sebagai Dahlan
  • Adriana Adnan sebagai Puan Suhana
  • Edika Yusof sebagai Encik Sharif
  • Azhar Amir sebagai Dekan
  • Arfie Shah sebagai Kamal


Drama reset jalan kedua, tonton online drama reset jalan kedua, full episod drama reset jalan kedua, drama baharu tv3


Sinopsis Drama Reset Jalan Kedua 

Mengisahkan Rudy (Lorenzo Irman), bekas pelajar juvana berusia 18 tahun yang bertekad membina kehidupan baharu selepas dibebaskan. Walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke kolej dalam bidang kejuruteraan, perjalanan Rudy tidak semudah yang diharapkan.

Meskipun dekan kolej berjanji untuk merahsiakan status silamnya, Rudy tetap berdepan sikap skeptikal segelintir pensyarah serta tentangan daripada Khairy (Idan Aedan), seorang pelajar yang sering menggunakan pengaruh dan kedudukan bapanya untuk membuli serta menggugat ketenangan Rudy.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila Khairy mendedahkan identiti sebenar Rudy kepada seluruh warga kolej. Rudy bukan sahaja dipulaukan, malah sering menjadi mangsa fitnah dan dituduh atas pelbagai masalah yang berlaku. Ketika berdepan pelbagai tekanan, Amri (Maxximus Towle), sahabat baiknya, tetap setia berada di sisi dan memberikan sokongan.

Dalam pada itu, Rudy turut mengenali Mira (Amylia Aidura), seorang pelajar cemerlang yang pada awalnya menganggapnya sebagai pesaing akademik, serta Alia (Ellyza Aziera). Namun, kejujuran, kegigihan dan keteguhan Rudy akhirnya membuka mata Mira untuk menjadi antara individu yang menyokong perjuangannya.

Daripada tuduhan mencuri hingga ancaman petisyen penyingkiran dan konspirasi yang dirancang untuk menjatuhkannya, Rudy terpaksa berjuang membersihkan nama serta mempertahankan haknya untuk mendapatkan peluang kedua.


0 Comments

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan