Assalamualaikum dan salam sejahtera
TELEFILEM TV1 : TAUT Telefilem ni ditayangkan pada 9 Mac 2024 di Tv1 pukul 9 malam. Cerita dia tentang kehidupan seorang wanita yang kematian suami. Sebuah kisah kemasyarakatan yang penuh dengan pengajaran.
Timah ( Farah Ahmad) yang baru kematian suaminya, Isa ( Azri Iskandar) perlu berdikari untuk meneruskan hidup. Selama hidup bersama Isa, Timah tidak melakukan sebarang kerja-kerja rumah sebaliknya semua kerja itu dilakukan oleh Isa. Punyalah sayang suaminya dengan Timah. Potong kuku Timah pun suami yang buat.
Selepas kematian suami, Timah cuba untuk buat semua kerja rumah dan perlu berdikari mencari sumber kewangan untuk dia meneruskan hidup. Kisah ringkas tapi diselitkan dengan watak pembantu,jiran yang suka menjaja hal buruk tentang Timah dan terlalu menjaga tepi kain Timah. Timah nak ke bandar naik motor kerana mempnyai sedikit urusan pun jiran sibuk, katanya suami baru meninggal dunia 3 bulan dah sibuk nak naik motor ke bandar.
Sibuk menjaja hal orang dan menghina Timah yang tak pandai buat kerja rumah, asyik harapkan suaminya buat kerja rumah, sampai tak sedar keluaga sendiri bermasalah. Apabila Timah ingin memberikan bantuan, dia hina Timah yang tiada anak kerana sibuk nak tolong dia yang ada anak.
Antara babak yang menusuk ke hati apabila Isa yang memujuk Timah yang keguguran, jangan bersedih, Allah dah bagi nikmat rezeki yang berlebih kepada mereka cuma mereka masih belum dapat rezeki anak. Anak merupakan rezeki dan adakala anak juga ujian buat ibu bapa.
Satu fakta mengenai telefilem ini, Farah Ahmad tak pandai menunggang motorsikal, dia baru belajar menunggang motorsikal semasa berlakon dalam cerita ni. Ada pelakon yang mengajar dia menunggang motorsikal di set penggambaran. Farah Ahmad sangat komited, dan menjiwai watak dalam telefilem ini 👍
Kalau terlepas menonton cerita ni, nanti boleh tengok di RTM Klik.
3 Ulasan
mesti sedih cita ni kan
BalasPadamOhh baru ditayangkan ye cerita ni. Tak sempat tengok pulak.
BalasPadamooo ya ke?
BalasPadambagus btol laa farah ni
sedia nak belajar
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan