Kupasan Iklan Raya PKNS 2024 : Conteng

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kupasan Iklan Raya PKNS 2024 : Conteng Mak ayah ni ada dua jenis. jenis yang nak anak membesar mengikut acuan yang mereka nak dan jenis yang ajak anak membentuk sendiri acuan ikut kecerdasan dan minat yang ada.Iklan raya yang sangat beri kesan kepada CCL  ialah iklan PKNS yang bertajuk Conteng yang diinspirasi dari kisah benar  ni.

Iklan raya pkns 2024 conteng, iklan raya pkns conteng , iklan raya conteng , iklan raya paling sedih 2024, iklan raya 2024, kupasan iklan conteng

Terbaik cerita kisah seorang anak yang mempunyai bakat terpendam, tapi mak ayah Wan ni bila tonton sampai habis video baru faham rupanya dia ni ada dyslexia.

Jadi Wan ni selalu struggle untuk membaca dengan lancar, mengingat perkataan, mengikuti urutan abjad dan memahami arah tulisan (seperti dari kiri ke kanan), tapi ayahnya tak faham, yang tahu Wan ni pemalas, tak nak belajar, suka menconteng je, katanya conteng tak jamin masa depan. Tapi hakikatnya, conteng atau melukis inilah special talent yang Wan ni ada. tapi dinafikan, diperlekehkan minat dan kecenderungannya itu.Tak cukup itu, dibandingkan pula dengan adik beradiknya yang lain. Sampailah Wan bawa diri tak pulang ke kampung bertahun-tahun lamanya. 

Satu sisi lagi, hayati watak ayahnya pula. Ayah-ayah ni memang keras sifatnya tapi sebenarnya dia lah yang banyak menangis di belakang anak-anak. Dialog yang sangat deep bila ayahnya cakap

“ Lama abah cari tapi tak jumpa Wan kenapa lama sangat Wan pergi Wan”

Mujurlah dalam drama pendek ni sempat Wan ni pulang dan ibu ayahnya masih hidup lagi. Jika dan meninggal macam iklan Elrah tu macam mana nak minta maaf?

Bila anak buatkan ibu ayah sedih, menangis, tersentuh hati pun berdosa besar. Apatah lagi bila tinggalkan begitu berpuluh tahun mak ayah tahan kerinduan. 

Jadi iklan ni sarat pengajaran untuk kedua-dua belah pihak,Baik anak mahupun mak ayah. Padu, semua main peranan. Buat ibu bapa, peka dan hargai setiap kecerdasan anak kita miliki. Buat anak pula, jangan terlalu ikut emosi khuatiri akan timbul penyesalan dikemudian hari.

Tonton iklan raya PKNS 2024 : Conteng



 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Kak Sue tak tengok lagi iklan nie, tengok yang Elrah tu pun dah meleleh..

    BalasPadam
  2. Ada tengok iklan ni. Masa mula2 tu geram kat ayah dia ego sangat.....lepas tu ok dah....

    BalasPadam
  3. Sebagai seorang ayah...saya faham sangat situasi tersebut...ayah mana yang tak nak anaknya berjaya dan alhamdulillah saya faham bahawa setiap anak-anak ada potensi yang tersendiri

    BalasPadam
  4. Belum tengok mana mana iklan raya. Sebak kalau tengok iklan sedih-sedih. huhu...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan