Assalamualaikum dan hai semua
Pokok Bromeliad Dah Sampai Minggu lepas, awal bulan Januari, CCL ada berkongsi dalam satu entri tentang CCL membeli beberapa pokok bromeliad melalui aplikasi Shopee. Tak sangka, hanya dua hari selepas itu, courier sudah selamat menghantar pokok-pokok tersebut di hadapan rumah. Cuma hari ni baru ada masa untuk draft entri ..
Kotak coklat yang sampai tu taklah besar mana, tapi di dalamnya terisi tiga corak pokok bromeliad yang cantik. Masa buka kotak tu memang berdebar-debar juga, risau kalau ada pokok yang rosak sepanjang penghantaran. Alhamdulillah, semuanya sampai dalam keadaan elok.. Seller memang balut dengan sangat kemas walaupun ini hanya anak pokok bromeliad. Setiap pokok datang bersama pasu kecil berisi tanah, dibalut rapi dengan plastik pembungkus dan dilapik sekali lagi menggunakan surat khabar lama. Kemas dan teliti, memang puas hati.
Menariknya lagi, seller turut sertakan free gift baja pokok..
Sekarang ni, anak-anak pokok bromeliad tersebut CCL sudah pindahkan ke dalam pasu yang lebih besar, bagi ruang untuk mereka membesar dengan lebih selesa. Insya-Allah, bila dah besar sikit nanti, CCL akan kongsikan gambar pula dalam entri seterusnya.



20 Ulasan
Bestnya tangan sejuk tanam pokok jadi.
BalasPadamCantik pokok tu
BalasPadamCantiknya pokok. Tak berani nak beli lagi, yang di rumah pun gaduh nak siram.
BalasPadambestnya...lawa bromeliad ni
BalasPadamwaahhhh sonoknya tgn CCL tanam menjadi ehehe
BalasPadamSelamat berkebun :)
BalasPadamWah tengah hot ye pokok ni sekarang. Rumah Naniey tak boleh tanam lagi. Tak sempat nak jaga. Yang sedia ada semua dah mati 😭
BalasPadamBelum pernah cuba bela pokok bromeliad ni. Nampak cantik yang hijau ada bintik bintik.
BalasPadamLawanya yang daun warna pink tu..
BalasPadamMudah ye sekarang pokok pun boleh order online.
BalasPadamBaiknyaaaa seller. KSH gift pupuk pula 👍👍👍. Semoga tanaman kakak bisa tumbuh semakin subur yaaa
BalasPadamBest beli barang dapat free gift :)
BalasPadamSemoga subur pokok² tu hendaknya 🤲🏻
pokok ni sng jaga ka? sha mmg suka tanam cuma xngm dengan tgn haha..layu..xsubur la..huhu
BalasPadamSemoga anak-anak pokoknya hidup subur membesar dengan sihat
BalasPadamRajin ccl menanam... hari tu sy beli pokok juga tp tak menjadi je.. tak tahu mcm mana nak maintain jaga huhu
BalasPadamWah, blogger kita ni rupanya penggemar buka daun Bromeliad ya..cantik tu..
BalasPadamDekat rumah mak ada bromeliad ni
BalasPadamBestnya pokok bromeliad dia dah sampai....semoga membesar dengan baik ye...
BalasPadamMoga tumbuhlah ia dengan sihat.
BalasPadamFirst time dengar nama nya.. Semoga sihat sentiasa lah :D
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan