Pokok Bromeliad Dah Sampai

 Assalamualaikum dan hai semua 

Pokok Bromeliad Dah Sampai Minggu lepas, awal bulan Januari, CCL ada berkongsi dalam satu entri tentang CCL membeli beberapa pokok bromeliad melalui aplikasi Shopee. Tak sangka, hanya dua hari selepas itu, courier sudah selamat menghantar pokok-pokok tersebut di hadapan rumah. Cuma hari ni baru ada masa untuk draft entri .. 


pokok bromeliad, beli pokok bromeliad online, pokok bromeliad shopee , anak pokok bromeliad, pengalaman beli pokok online,pokok hiasan rumah, pokok hiasan dalam pasu, penjagaan pokok bromeliad, pokok hiasan cantik

Kotak coklat yang sampai tu taklah besar mana, tapi di dalamnya terisi tiga corak pokok bromeliad yang cantik. Masa buka kotak tu memang berdebar-debar juga, risau kalau ada pokok yang rosak sepanjang penghantaran. Alhamdulillah, semuanya sampai dalam keadaan elok.. Seller memang balut dengan sangat kemas walaupun ini hanya anak pokok bromeliad. Setiap pokok datang bersama pasu kecil berisi tanah, dibalut rapi dengan plastik pembungkus dan dilapik sekali lagi menggunakan surat khabar lama. Kemas dan teliti, memang puas hati.


pokok bromeliad, beli pokok bromeliad online, pokok bromeliad shopee , anak pokok bromeliad, pengalaman beli pokok online,pokok hiasan rumah, pokok hiasan dalam pasu, penjagaan pokok bromeliad, pokok hiasan cantik

Menariknya lagi, seller turut sertakan free gift baja pokok..

Sekarang ni, anak-anak pokok bromeliad tersebut CCL sudah pindahkan ke dalam pasu yang lebih besar, bagi ruang untuk mereka membesar dengan lebih selesa. Insya-Allah, bila dah besar sikit nanti, CCL akan kongsikan gambar pula dalam entri seterusnya.

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Bestnya tangan sejuk tanam pokok jadi.

    BalasPadam
  2. Cantiknya pokok. Tak berani nak beli lagi, yang di rumah pun gaduh nak siram.

    BalasPadam
  3. bestnya...lawa bromeliad ni

    BalasPadam
  4. waahhhh sonoknya tgn CCL tanam menjadi ehehe

    BalasPadam
  5. Wah tengah hot ye pokok ni sekarang. Rumah Naniey tak boleh tanam lagi. Tak sempat nak jaga. Yang sedia ada semua dah mati 😭

    BalasPadam
  6. Belum pernah cuba bela pokok bromeliad ni. Nampak cantik yang hijau ada bintik bintik.

    BalasPadam
  7. Lawanya yang daun warna pink tu..

    BalasPadam
  8. Mudah ye sekarang pokok pun boleh order online.

    BalasPadam
  9. Baiknyaaaa seller. KSH gift pupuk pula 👍👍👍. Semoga tanaman kakak bisa tumbuh semakin subur yaaa

    BalasPadam
  10. Best beli barang dapat free gift :)
    Semoga subur pokok² tu hendaknya 🤲🏻

    BalasPadam
  11. pokok ni sng jaga ka? sha mmg suka tanam cuma xngm dengan tgn haha..layu..xsubur la..huhu

    BalasPadam
  12. Semoga anak-anak pokoknya hidup subur membesar dengan sihat

    BalasPadam
  13. Rajin ccl menanam... hari tu sy beli pokok juga tp tak menjadi je.. tak tahu mcm mana nak maintain jaga huhu

    BalasPadam
  14. Wah, blogger kita ni rupanya penggemar buka daun Bromeliad ya..cantik tu..

    BalasPadam
  15. Dekat rumah mak ada bromeliad ni

    BalasPadam
  16. Bestnya pokok bromeliad dia dah sampai....semoga membesar dengan baik ye...

    BalasPadam
  17. Moga tumbuhlah ia dengan sihat.

    BalasPadam
  18. First time dengar nama nya.. Semoga sihat sentiasa lah :D

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan