Pokok Bromeliad Dah Sampai

 Assalamualaikum dan hai semua 

Pokok Bromeliad Dah Sampai Minggu lepas, awal bulan Januari, CCL ada berkongsi dalam satu entri tentang CCL membeli beberapa pokok bromeliad melalui aplikasi Shopee. Tak sangka, hanya dua hari selepas itu, courier sudah selamat menghantar pokok-pokok tersebut di hadapan rumah. Cuma hari ni baru ada masa untuk draft entri .. 


pokok bromeliad, beli pokok bromeliad online, pokok bromeliad shopee , anak pokok bromeliad, pengalaman beli pokok online,pokok hiasan rumah, pokok hiasan dalam pasu, penjagaan pokok bromeliad, pokok hiasan cantik

Kotak coklat yang sampai tu taklah besar mana, tapi di dalamnya terisi tiga corak pokok bromeliad yang cantik. Masa buka kotak tu memang berdebar-debar juga, risau kalau ada pokok yang rosak sepanjang penghantaran. Alhamdulillah, semuanya sampai dalam keadaan elok.. Seller memang balut dengan sangat kemas walaupun ini hanya anak pokok bromeliad. Setiap pokok datang bersama pasu kecil berisi tanah, dibalut rapi dengan plastik pembungkus dan dilapik sekali lagi menggunakan surat khabar lama. Kemas dan teliti, memang puas hati.


pokok bromeliad, beli pokok bromeliad online, pokok bromeliad shopee , anak pokok bromeliad, pengalaman beli pokok online,pokok hiasan rumah, pokok hiasan dalam pasu, penjagaan pokok bromeliad, pokok hiasan cantik

Menariknya lagi, seller turut sertakan free gift baja pokok..

Sekarang ni, anak-anak pokok bromeliad tersebut CCL sudah pindahkan ke dalam pasu yang lebih besar, bagi ruang untuk mereka membesar dengan lebih selesa. Insya-Allah, bila dah besar sikit nanti, CCL akan kongsikan gambar pula dalam entri seterusnya.

Catat Ulasan

2 Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan