Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kupasan Iklan Raya Mr.DIY 2024 : Sama-Sama Melangkah Mr.DIY melancarkan filem pendek yang menyentuh hati bertajuk "Sama-Sama Melangkah" tepat pada masanya untuk Hari Raya Aidilfitri yang memaparkan intipati ikatan keluarga .
Filem pendek berdurasi 4 minit ini mengisahkan seorang suami nernama Rahmat yang bertungkus-lumus mencari nafkah untuk keluarganya, ibu , isteri dan anak perempuannya Alisha .
Kerjayanya yang memerlukan dia berpindah dari kampung ke bandar menyebabkan Rahmat dengan berat hati terpaksa menghantar ibunya ke rumah orang tua . Walaupun begitu Rahmat tetap mengekalkan hubungan baik dengan ibunya melalui panggilan telefon . Rahmat amat kesal kerana tidak mampu menjaga ibunya sendiri kerana tuntutan masa dan saiz ruang yang terhad di rumah mereka.
Bagaimanapun , selepas satu kejadian yang telah berlaku menyebabkan anak perempuan Rahmat iaitu Alisha menuduh Rahmat mengabaikannya yang menyebabkan kenangan silam Rahmat bersama ibunya kembali semula membuatkan Rahmat berasa kesal mengabaikannya ibunya .
Filem ini berakhir dengan Rahmat meminta maaf kepada ibunya dan mereka sekeluarga meraikan Hari Raya dengan penuh meriah .
Tonton iklan raya dari Mr DIY : Sama-sama Melangkah
2 Ulasan
Dalam sekeliling saya tidak ramai hantar rumah orang tua. Jadi memang nampak kurang bagus kalau ada terdengar orang hantar ibubapa ke rumah tersebut.
BalasPadamIklan yang boleh dijadikan pengajaran. Hari Raya, semoga orang semua happy.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan