Assalamualaikum dan salam sejahtera .
Kupasan Iklan Raya Elrah Exclusive 2024 : Mak Dah tengok iklan Raya Elrah? Pasti ramai yang tak boleh tahan keluar air mata tengok Hilmi meratap di kubur ibunya.
"Orang tak pernah suka mak"
Itu yang dia sebut di kubur maknya. Sambil dia menyelak satu-satu lembaran kehidupannya dengan seorang ibu yang tak pernah tunjuk kasih sayang pada anaknya. aupun si abang cuba meyakinkan si adik yang kasih sayang ibunya tak pernah kurang, namun bagi Hilmi apa yang terzahir lebih memberi kesan kepadanya.
Sayang dekat anak tapi tak tunjuk. Anak bawa balik kejayaan pun tak ada respond. Apa-apa tentang anak buat tak tahu. Kalau semua anak ibu bersikap kontang sebegitu tak apa. Ini tidak. Anak-anak yang lain dilayan dan dibelai. Dipuji dan disiapkan.
Tiba-tiba anak yang seorang tu ibu buat 'derk' jer dekat dia. Macam lantaklah kau nak pergi ke mana pun. Atau apa kejayaan yang kau dapat pun. Ibu buat tak tahu. Sedihlah dia.
Akhirnya plot twist. Rupa-rupanya di belakang anak itu ibu tidak henti-henti berdoa. Bab doa dalam diam tu bagus. Tapi kenapa dingin di hadapan anak yang satu itu? Kenapa kena bezakan paparan kasih sayang? Mengapa kena sorok sayang itu? Sebab anak itu jahat? Anak itu bodoh? Anak itu degil? Dalam iklan tersebut kurang jelas bab ini. Anak itu dituduh mencuri .
Ibu hakikatnya, walau bagaimana sekalipun sikap anak-anak, mereka tetap perlukan kita. Bukan setakat doa dalam diam, tetapi mereka juga perlukan belaian dan sokongan daripada kita. Jangan malu atau kedekut untuk menunjukkan kasih sayang itu. Jangan bezakan kasih sayang kerana sikap pilih kasih itu racun yang memusnahkan ikatan kekeluargaan.
Entahlah, mungkin dari satu sudut, iklan ini bukan untuk anak-anak. Bukan iklan tipikal cerita Anak derhaka tak balik kampung, tapi iklan tentang peringatan kepada ibu bapa. Tak kisah siapa pun anak kita, macam mana pun perangainya, tanggungjawab kita tetap memberi kasih sayang pada mereka. Kasih sayang ini perlu dizahirkan. Supaya anak rasa diperhati, dilindungi, dididik dan dihargai.
Tonton iklan raya 2024 Elrah: Mak



