PENGGEMAR BURGER WAJIB CUBA 3 JENIS BURGER INI !

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera .


BURGER,KFC BURGER BANJIR,BURGER KFC,MARRYBROWN EATALIAN BURGER,Info,BURGER MARRYBROWN,ROCKIN BBQ BURGER,


PENGGEMAR BURGER WAJIB CUBA 3 JENIS BURGER INI ! Burger adalah makanan yang berasal dari Barat dan diilhamkan sebagai makanan ringkas yang lengkap dan mengenyangkan. Ia boleh dimakan ketika sedang bergerak dan tidak memerlukan cara hidangan yang rumit. Burger mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan sebagainya di dalam setiap gigitan.

Bagi korang yang sangat suka menikmati pelbagai jenis burger , korang jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiga jenama burger paling popular di Malaysia yang sedang bersaing dalam mengeluarkan menu hidangan burger yang tersendiri untuk Ogos hingga September ini.

Jom intai hidangan burger yang mana boleh korang cuba ataupun boleh sahaja cuba ketiga-tiganya sekali!


1 Rockin’ BBQ Burger


INFO , ROCKIN BBQ BURGER , KFC BURGER BANJIR , MARRYBROWN EATALIAN BURGER  , BURGER KFC , BURGER MARRYBROWN , BURGER

McDonald’s Malaysia memperkenalkan produk terbaharunya iaitu Rockin’ BBQ . Burger yang dikeluarkan dengan tiga pilihan iaitu Rockin’s BBQ, Double Rockin’ BBQ dan Triple Rockin’ BBQ

Penggemar barbeku boleh menikmati ketiga-tiga burger tersebut dengan ayam dan daging empuk dalam perisa salai. Korang boleh menikmati kepingan daging yang dipanggang dengan sempurna sebelum disalut sos BBQ, bawang panggang, lapisan keju cair, capsicum merah , selada yang dimayang dan juga herba campuran yang dibakar.


2 KFC Burger Banjir


INFO , ROCKIN BBQ BURGER , KFC BURGER BANJIR , MARRYBROWN EATALIAN BURGER  , BURGER KFC , BURGER MARRYBROWN , BURGER

KFC Malaysia memperkenalkan KFC Burger Banjir iaitu Zinger Hot & Spicy. Ia adalah Burger Zinger Hot & Spicy yang ditenggelamkan ke dalam sos BBQ Salai. Burger ini dilengkapi dengan mayonis istimewa dan selada cincang segar, serta diapit dengan kepingan ban bijan. Burger smoky lazat ini pastinya memberikan anda cara menikmati versi Zinger yang berbeza dalam setiap gigitan.

 

3 Marrybrown Eatalian Burger


INFO , ROCKIN BBQ BURGER , KFC BURGER BANJIR , MARRYBROWN EATALIAN BURGER  , BURGER KFC , BURGER MARRYBROWN , BURGER

Sempena meraikan ulang tahun ke-40, Marrybrown memperkenalkan Marrybrown Eatalian yang dicipta dengan tema ‘Around the World’. Kali ini, negara Itali menjadi destinasi hidangan makanan kedua selepas hidangan Ayam Ganjeong pedas manis dari Korea Selatan pada edisi lalu.Hidangan ini menawarkan MB Spaghetti dengan limpahan sos ayam bolognese yang diperkaya dengan herba istimewa Itali dan keju. Tidak lengkap hidangan ini tanpa Burger Ayam Marrybrown, MB Crispy Chicken, MB Italian Cheesy Rice Bites dan segelas Coca-Cola yang menyegarkan.



Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Burger marry brown tu lain dari yg lain laa..
    Haaa ok kena cuba ni!
    Dia letak spageti eh???

    BalasPadam
  2. Rockin’ BBQ Burger tu belum cuba lagi. burger banjir dah. Menu Marry Brown tu pernah cuba cheesy rice bites je.

    BalasPadam
  3. Tengok review orang cakap burger rockin tu sedap. Nanti nak cuba la..

    BalasPadam
  4. No dan 3 macam best. Boleh try nanti

    BalasPadam
  5. Aduhai.... terus berliur ni...nak buat cemana hahahaaa.

    BalasPadam
  6. Burger banjir KFC mmg sedap dah cuba! dua lagi tu tak tahu bila nk cuba lg hehee

    BalasPadam
  7. Kalau burger saya biasa makan McD sahaja, jarang makan burger KFC atau Marry Brown.. Mungkin kena cuba rasa..

    BalasPadam
  8. sume nmpk best2! blh try la nt..

    BalasPadam
  9. Iklan burger mcd tu tgh rancak dkt tv. Terliur tgk. Nk try juga nanti.

    BalasPadam
  10. anakz akak gemar burger, semua dolrang nk try


    BalasPadam
  11. busyra tak cuba lagi burger banjir tu.. haihhh teringin pulak..

    BalasPadam
  12. Belum rasa lagi ketiga2 burger ni

    BalasPadam
  13. Akak kureng sikit burger2 ni. Tapi sesekali boleh gak layan.nanti nak try tiga2 ni...

    BalasPadam
  14. Confuse jap bila tengok ‘burger’ MB tu 😅

    BalasPadam
  15. MB tu nampak best je. Rasa macam nak beli jugak. 😄

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan