RESEPI : ROTI JALA KUAH SARDIN



Assalamualaikum dan salam sejahtera .


RESEPI : ROTI JALA KUAH SARDIN Petang tadi teringin pulak nak makan roti jala . Memandangkan malas pulak nak buat kuah kari . So CCL decide untuk buat roti jala dicicahkan dengan kuah sardin . Jimat masa jugak . 


ROTI JALA KUAH SARDIN , CARA MEMBUAT ROTI JALA BERSAMA KUAH SARDIN , ROTI JALA BERSAMA KUAH SARDIN , RESEPI ROTI JALA




BAHAN-BAHAN


-3 cawan tepung gandum

-3 cawan air

-minyak masak

-1 biji telur

-1 tin sardin

-garam secukup rasa

-bawang merah dan bawang putih

-cili padi

-daun kari



CARA PENYEDIAAN


Kuah sardin 

-hancurkan satu tin isi ikan sardin

-masukkan bawang merah, bawang putih yang sudah dicincang halus ke dalam kuali bersama daun kari ditumis sehingga naik bau dan masukkan isi ikan sardin . 

-masukkan sedikit air, cili padi dan garam secukup rasa tumis sehingga sedikit mendidih . 


Roti jala

-masukkan 3 cawan tepung gandum, 3 cawan air , garam secukup rasa, 1 biji telur,3 sudu besar minyak di dalam blender dan blender sehingga sebati .

- adunan tersebut dimasukkan dalam acuan roti jala . Kalau hangpa yang tak ada botol kirai roti jala korang boleh je DIY sendiri . Kalau nak tahu cara DIY botol kirai roti jala boleh terjah entri https://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2020/05/tips-mudah-membuat-roti-jala.html

-kiraikan roti jalan dalam kuali yang panas , letakkan sedikit sahaja minyak agar tak melekat 

-selepas itu hangpa boleh la mula gulung roti jala tersebut . 



Siap . Boleh dihidangkan bersama kuah sardin mahupun kuah kari 


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. laa... sedapnya roti jala...

    BalasPadam
  2. x pernah cuba lg ni. biasanya cicah dgn gulai kuzi..

    BalasPadam
  3. tak terfikir pula nk buat dgn kuah sardin.. selalu buat gulai daging je cicah roti jala, leceh la sikit, kalau sardin nie mudah dan cepat..

    BalasPadam
  4. Sedapppnyaa roti jala . Ada plan nak buat roti jala ni.

    BalasPadam
  5. Sedapnya, roti jala cicah kuah sardin.
    Saya boleh hilang ingatan buat roti jala. Benda buat setahun sekali. Tak jadi roti jala saya. Tak bercantum. Huhu..

    BalasPadam
  6. Boleh cuba ni. Asyik lawan dengan kari je...sekali-sekala dengan kuah sardin best gak kan...

    BalasPadam
  7. memang kesukaan ni...cicah apa pun layannn

    BalasPadam
  8. Sedap mkn ni. Xpernah cuba lg kuah ni. Selalu mkn dgn kuah gulai ayam/daging

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan