Lauk Kenduri Gulai Daging Batang Pisang
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lauk Kenduri Gulai Daging Batang Pisang Semenjak dua minggu ni sibuk sikit dengan kenduri mak menakan . Alhamdulillah ketiga-tiga majlis sudah pun selesai. Syukur, ketiga-tiga majlis berjalan dengan lancar . InsyaAllah nanti CCL akan share rentetan majlis . Saja tulis simpan buat kenang-kenangan akan datang .
Ok berbalik pada tajuk "lauk kenduri gulai daging batang pisang" ? Hah kalau korang orang utara especially orang Kedah tak pun pergi makan kenduri area-area Kedah, boleh dikatakan menu gulai daging batang pisang atara menu wajib . Menu ni juga merupakan antara salah satu menu favourite CCL , kalau kenduri kat Perlis ni susah nak jumpa tak pun kedai-kedai makan lauk pauk masakan kampung memang susah nak dicari . Pantang ada kenduri area-area Kedah yang dijemput mesti terbayang-bayang menu ni . Tapi CCL tak nyatakan semua la .
Ini menu lauk-pauk sebelah pengantin lelaki , ada gulai batang pisang , ayam goreng tepung, sambal belacan serta menu tambahan laksa utara dan juga apam balik . Memandangkan perut pun tengah lapar, ceduk jer semua menu yang disediakan sampaikan terlupa untuk letak sedikit kuah gulai ke atas nasi .. Gigih waktu tu pilih daging dan juga batang pisang, alih-alih dah duduk di meja baru sedar terlupa nak ceduk kuahnya . Mujur ada juga saki bakinya sedikit . Semua menu memang sangat-sangat sedap .
Menu tambahan laksa utara dan juga apam balik pun CCL bedal jugak lepas makan nasi . Air pun ada tiga jenis iaitu air balang sirap, soda herbs dan jagung vanilla. Air pun bukan calang-calang juga ya, empat cawan dok ulang alik pi ambik . Sebab dahaga dan sedap sangat . Part air balang tak sempat nak tangkap gambar sebab ramai sangat yang beratur kat situ .
Menu sedap, perut kenyang alhamdulillah . Rezeki Allah Taala ..
Selesai Majlis Graduasi Adik Lelaki
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selesai Majlis Graduasi Adik Lelaki Alhamdulillah 19 Ogos 2022 yang lalu adik lelaki CCL selamat sarung jubah biru dalam Majlis Graduasi Giatmara. Setelah hampir 2 tahun tamat pembelajaran di Giatmara, disebabkan virus Covid melanda Malaysia, so majlis tersebut terpaksa la postpone ke tarikh yang bersesuaian . Alhamdulillah seminggu yang lepas pihak Giatmara dah pun anjurkan Majlis Graduasi untuk batch beliau . Alhamdulillah .gembira tak terkata dapat tengok adik sarung jubah biru ..
Setelah beberapa tahun sambung belajar di Giatmara dalam jurusan elektrik .. Lepas habis praktikal dan ada pengalaman bekerja . Akhirnya dapat juga dia merasa sarung jubah biru. InsyaAllah bulan 11 ni adik CCL akan sambung belajar lagi .
Gembiranya bila adik sarung jubah graduasi..paling gembira semestinya mak dan ayah . Tahniah untuk adik lelaki CCL .. Coming soon tunggu adik perempuan CCL yang bakal konvo tahun hadapan . Semoga dipermudahkan segala urusan mereka.
Berkenan Pulak Tudung Bawal Printed Corak Fendi
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berkenan Pulak Tudung Bawal Printed Corak Fendi Beberapa hari lepas CCL ada share dengan korang, CCL ada beli dua helai tudung bawal printed dari Zoe Arissa . Korang yang belum terjah entri tu jemput la membaca Tudung bawal printed Zoe Arissa .. Terima kasih tau .. Ehh entri ni belum tamat disini .. Macam biasa godek-godek tudung di Shopee , bila rasa berkenan terus beli .. So hari ni nak kongsi parcel tudung sampai lagi ..
Beli tudung bawal printed lagi
Kembali bersama CCL lagi dalam entri CCL beli tudung bawal printed lagi. Penangan nak kenduri punya pasal , terbeli lagi 2 helai tudung bawal bercorak .. Bila dah ada 3 tiga majlis iaitu majlis akad nikah , majlis sanding pihak perempuan dan majlis sanding pihak lelaki of course la kena ada 3 sut baju yang berbeza warna untuk setiap majlis ..
Hari tu dah beli tudung bawal printed warna dusty green dan warna khaki .. Warna dusty green untuk dipakai masa majlis nanti , warna khaki pulak beli untuk tambah lagi koleksi tudung yang ada . Kali ni CCL terbeli pulak dua helai tudung bawal printed, warna yang sama, corak yang sama iaitu warna navy blue bercorak printed Fendi..corak yang sangat simple satu untuk CCL dan adik perempuan CCL . Macam yang dia maklum memandangkan baju warna plain yang kosong tiada bercorak cantik juga kalau gayakan dengan tudung printed yang bercorak kan ..
Material tudung ni pun 100% cotton dan hadir dengan bidang 45 ..memang sangat-sangat selesa untuk dipakai ..ada banyak beberapa pilihan warna , tapi sayangnya dah banyak sold out ..mujur CCL masih sempat order warna navy blue ..
Rasanya macam nak repeat order tudung bawal printed Fendi ni dengan warna lain pulak. CCL suka dengan corak yang sangat minimalist . Macam biasa order melalui shopee ..harga pun hanya belasan ringgit . Mampu milik.
Beli Tudung Bawal Printed Cantik RM9.90 di Zoe Arissa
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
Beli Tudung Bawal Printed Cantik RM9.90 di Zoe Arissa Perempuan dan tudung memang tak boleh berpisah . Tudung berlambak-lambak dalam almari pun alih-alih tak ada tudung pulak .. Dah tu beli lagi, beli dan beli .. Siapa macam CCL ?? Hahh korang mesti sama kan .. Tudung tu ada ..kadang-kadang tak sesuai dengan baju yang nak dipakai .. So nak matching-matching dengan baju kenalah cari gabungan yang sesuaikan .. CCL ni tudung bawal pakai, selendang pun pakai . Ikut mood jugak la kadang-kadang tu
Zoe Arissa lubuk pakaian perempuan .
Korang-korang di sana pernah shopping dengan Zoe Arissa ?? Hahh kalau belum korang terjah laa Zoe Arissa lepas korang dah baca entri ni , CCL yakin korang takkan terjah sahaja tanpa membeli . Hahh kalau korang nak tahu Zoe Arissa ni salah satu lubuk bagi perempuan untuk shopping-shopping pakaian . Semua pakaian yang korang boleh pilih dengan harga yang mampu milik . Baju-baju semua memang cantik-cantik belaka . Nak mudahkan pembelian korang boleh la terjah melalui Shopee Zoe Arissa .
Beli tudung bawal di Zoe Arissa
Memang niat nak beli tudung baru. Memandangkan ada kenduri adik beradik of course la nak pakai baju yang sedondon gitu .. So disebabkan baju pun dah plain colour, so nak decide untuk beli tudung yang bercorak lah .. baju pulak CCL decide untuk recycle pakai baju raya tahun lepas . Masih elok dan muat lagi tau ..so taknak bazir dan tak nak penuhkan lagi kuantiti almari baru so pakai aje mana ada .. Godek punya godek dalam shopee,mata ni berkenan pula dengan satu design bawal printed dari Zoe Arissa .
Tudung bawal printed cantik RM9.90
lepas godek-godek warna dan juga design bawal printed tersebut so CCL decide untuk beli 2 helai .. Satu warna dusty green untuk di pakai pada hri kenduri dan satu lagi warna khaki . Dua helai dengan harga yang sama hanya RM9.90 berbeza warna dan juga berbeza corak . .material cotton yang sangat selesa .. Bidang bagi tudung bawal printed ni pula ialah bidang 45 ..Penghantaran pun sangat cepat .
Tertarik dengan packaging tudung bawal printed Zoe Arissa
Bila beli bawal printed dari Zoe Arissa ni , salah satu benda yang menarik perhatian CCL selepas membuka parcel tersebut ialah dari segi packaging tudung .. Selalunya seller akan terus lipat cantik-cantik kemudian terus campak dalam plastik parcel . Ada juga sesetengah seller yang masukkan tudung yang sudah dilipat dengan cantik ke dalam plastik bungkusan lutsinar . Tapi packaging dari Zoe Arissa memang sangat cantik , tudung bawal printed yang dilipat cantik disertakan sekali dengan ziplock bag yang tertera dengan nama ZAHijab . Wah sangat-sangat menjaga kualiti tudung walaupun tudung murah harga pun tak sampai RM10, tetapi rasa seakan-akan membeli tudung mahal pulak ..
Cantik corak tudung bawal printed Zoe Arissa
Memang banyak pilihan corak dan juga warna yang Zoe Arissa keluarkan untuk tudung bawal printed . Semuanya bertemakan floral . So setiap design ada tema bunga yang tersendiri . Yang penting memang cantik dan bila pakai memang sedap mata memandang . Tak githu kan ..
So korang tercari-cari tudung bawal printed yang murah dan cantik , boleh la terjah di Shopee Zoe Arissa
Isu Parcel Tak Sampai Dah Selesai
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Isu Parcel Tak Sampai Dah Selesai Seperti mana yang CCL kongsikan dalam entri sebelum ni berkenaan isu kurier DHL peram barang hampir seminggu dah pun selesai petang semalam . Alhamdulillah parcel yang diperam selama seminggu dah pun selamat tiba . Mujur semua item yang diterima ok tak ada defect apa-apa .
Pagi semalam CCL godek-godek la number office DHL cawangan Kangar . Office diorang ni ada dua, office lama di cawangan Kangar dan office terbaru di cawangan Kangar Jaya . Memandangkan CCL cuba call kurier yang wassapkan gambar barang tersebut tanpa status apa-apa tapi malangnya tak berangkat . So tanpa melengahkan masa CCL cuba call DHL cawangan Kangar, mujur ada staff angkat call, CCL cuba bertanyakan tentang status barang CCL disebabkan dah pending selama seminggu .. tak berakhir di situ rupa-rupanya terpaksa buat kerja dua kali , CCL diarahkan untuk check status barang di DHL cawangan Kangar Jaya . bukan by call , tetapi perlu walk-in ke sana .. Ahhh satu masalah lagi ni . Buang masa ja ..
CCL masih cuba wassap dengan kurier DHL dengan harapan dia balas laa wassap tu, sebab nak tahu status parcel tersebut sama ada dengan kurier tak pun ada di office DHL . Mudah kalau walk-in nanti tak perlu tertunggu-tunggu . .Selang beberapa minit kemudian kurier DHL tersebut reply wassap mengatakan barang masih di office dan hari ni diorang akan hantar .. Huhh tarik nafas lega sekejap, so tak perlu la buang masa nak kena walk-in ke sana .. Tanpa melengahkan masa CCL pun bagi step by step jalan menuju rumah CCL siap selitkan beberapa gambar lorong rumah masuk . Hahh kalau tak jumpa jugak tak tahulah ..
Tapi alhamdulillah, selamat juga sampai ..kalau dua tiga hari boleh laa relax-relax . Ni seminggu , mahu tak gelisah..
Senarai Tema Hari Kebangsaan Malaysia 1970 Hingga 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Senarai Tema Hari Kebangsaan Malaysia 1970 Hingga 2022 Berikut adalah senarai tema dan logo Hari Kebangsaan dari tahun 1970 sehingga kini
2022 : Keluarga Malaysia Teguh Bersama
2021 : Malaysia Prihatin
2020 : Malaysia Prihatin
2019 : Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih
2018 : Sayangi Malaysiaku
2017 : Negaraku Sehati Sejiwa
2015-2016 : Sehati Sejiwa
2014 : Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
2013 : Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
2012 : 1Malaysia. Janji Ditepati
2011 : 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
2010 : 1Malaysia Menjana Transformasi
2009 : 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2008 : Perpaduan Teras Kejayaan
2007 : Malaysiaku Gemilang
2000-2006 : Keranamu Malaysia
1999 : Bersatu Ke Alaf Baru
1998 : Negara Kita Tanggungjawab Kita
1997 : Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1996 : Budaya Penentu Kecapaian
1995 : Jatidiri Penggerak Wawasan
1994 : Nilai Murni Jayakan Wawasan
1993 : Bersatu Menuju Wawasan
1992 : Wawasan Asas Kejayaan
1991 : Wawasan 2020
1990 : Berjaya
1988-1989 : Bersatu
1987 : Setia Bersatu Berusaha Maju
1986 : Bangsa Tegas Negara Teguh
1985 : Nasionalisme Teras Perpaduan
1984 : Amanah Asas Kejayaan
1983 : Bersama ke Arah Kemajuan
1982 : Berdisiplin Giat Maju
1981 : Berdisiplin Berharmoni
1980 : Berdisiplin Berbakti
1979 : Bersatu Berdisiplin
1978 : Kebudayaan Seni Perpaduan
1977 : 20 Tahun Bersatu Maju
1976 : Ketahanan Rakyat
1975 : Masyarakat Berdikari
1974 : Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1973 : Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1972 : Masyarakat Adil
1971 : Masyarakat Progresif
1970 : Muhibah dan Perpaduan
Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan ke-65 Tahun 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan ke-65 Tahun 2022 Pada setiap tahun, menjelangnya sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia sudah pastinya adalah kepada reka bentuk logo dan juga tema hari Kebangsaan Malaysia.
Logo dan tema hari kemerdekaan atau hari kebangsaan bagi tahun 2022 telah diperkenalkan dengan bertemakan ‘#Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ .
Tema Hari Kemerdekaan tahun 2022
Tema ‘#Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ menepati dengan situasi semasa Malaysia yang menunjukkan keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Keluarga Malaysia : merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran
Teguh : bermaksud kukuh, kuat dan erat
Bersama : membawa maksud bersama-sama berserta atau bergandingan
Teguh Bersama : mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan.
Logo Hari Kemerdekaan tahun 2022
Logo berkonsepkan jalur liputan internet : Melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.
Tiga jalur biru, merah, dan kuning :Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.
Titik merah: Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.
Kedudukan yang berselang seli: Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.
Mat Kilau : First Movie Date Dengan Suami
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mat Kilau : First Movie Date Dengan Suami Walaupun cerita ni hampir sebulan berlalu tapi tetap jugak nak cerita . Tulis pi lah habuan kenang-kenangan .CCL ni jarang-jarang sekali nak layan filem Melayu di pawagam ..last layan filem Melayu ni seingat-ingat lupa CCL adalah filem Munafik .. selain dari tu kebanyakkan layan filem Omputih tak pun filem-filem Thailand .. Bukan tak support filem Melayu yer . Kadang jalan cerita filem Melayu ni endingnya hampir sama dan penonton pun boleh teka apa ending di akhir filem . So tak berapa nak gempak sangat ..
Keluarnya filem Mat Kilau di pawagam, ramai yang menonton bagi feedback yang sangat positif . Ramai juga mengatakan filem Mat Kilau memang best , jalan cerita serta gimik memang terbaik . Ok memandangkan filem Mat Kilau, filem Melayu berkisarkan kisah sejarah tanah Melayu . Why not kalau kali ni kita tengok di pawagam kan .. So CCL dan suami sempat juga layan filem Mat Kilau di akhir-akhirnya . Ni juga merupakan movie date yang pertama kali dengan suami . Sebelum ni memang tak pernah pulak tengok wayang haa..percaya ke tak percaya ??
Pada permulaannya filem ni, memang agak bosan .. Biaskah kalau filem Melayu ni, opsss jangan kecam ya .. Permulaan cerita memang slow sikit ..sedikit sahaja ok , lepas tu gimik jalan penceritaan sampai ke akhir penamat memang gempak .. Langsung tak bosan .. Bila ada peperangan , bila ada perlawanan antara British dan tanah Melayu rasa macam satu semangat nak bangun lawan sekali haa .. Overall filem Mat Kilau memang sangat seronok untuk ditonton .. dah lama filem-filem bersejarah ni tak keluar di pawagam . Sekali keluar of course la dapat sambutan yang memberangsangkan .
Ok next movie, nak layan filem Air Force . Adi Putra ada lakonkan juga dalam filem tersebut ..khabarnya baru 3 hari keluar di pawagam dan berjaya mencatat RM6Juta .wahhh..wahhhh memang sangat best ni .
Kurier DHL Peram Barang
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kurier DHL Peram Barang Dah lama insiden kurier peram barang ni tak berlaku tau ..alih-alih penghujung bulan Ogos ni terselit juga haa .. Kali ni kurier DHL peram barang .. Bukan dua, tiga hari tau ..ni lebih kurang seminggu jugak la diperamnya oleh abang kurier DHL ..geram pulak kiter tau ..
Alkisahnya CCL beli barang melalui shopee , nak tahu barang apa stay tune untuk next entri ok .. Berdasarkan kronologi ..ewahhh kronologi lah sangat kan .. Seller post out barang pada 23 Ogos 2022 .. 26 0gos 2022 seperti yang korang tengok tu ketibaan barang CCL di Hub DHL cawangan Kangar . .dan seterusnya 26 Ogos 2022 barulah pihak kurier akan jalankan proses penghantaran barang ke alamat yang CCL berikan . Malangnya abang kurier DHL tersebut tak berjaya mengesan rumah CCL ..
Abang kurier DHL hanya wassap kan gambar barang sahaja keadaan diletakkan di dalam raga merah , tanpa pemberitahuan apa-apa . Call pun tidak.. Tak tahu status barang tersebut .. CCL pun cuba reply wassap sama ada barang tersebut dah dihantar ke rumah atau tidak ..
CCL pun tercari-cari,juga,la barang di hadapan rumah , mana tahu kalau tak ada orang dirumah selalunya kurier akan letak,sahaja parcel di atas meja depan rumah ..ini yang peliknya kat atas meja di depan rumah tak ada pulak raga merah..CCL cuba call pihak kurier tapi tak berangkat . Mungkin,dah petang sangat diorang pun dah balik .. Memandangkan hari tu hari jumaat, so sabtu dan ahad kemungkinan Hub DHL tutup cuti minggu ..terpaksa la tunggu hari Isnin . Harap-harap ada feedback dari kurier DHL tersebut .. Risau pulak kiterr..
Packaging baru Gardenia Toastem Butterscoth
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Packaging baru Gardenia Toastem Butterscoth Selain dari roti Gardenia putih, CCL paling suka beli Gardenia Toastem Butterscoth ni , cicah dengan kopi panas, teh panas memang layan tekak . Paling penting dah tak payah sapu-sapu jem . Roti ni dah ada rasa butterscoth tu memang sedap ..
Cukup laku keras jugak gardenia ni , kadang nak kena berebut-rebut dengan pembeli lain . , mungkin ramai yang sukakan rasa roti butterscoth tersebut .. Kebelakangan ni , gardenia keluarkan rupa packaging yang baru . Wahhh nampak cantik dan tertarik juga dengan packaging baru ni , memang sesuai dengan nama Gardenia Toastem Butterscoth . Packaging baru , rasanya masih tetap sama kesedapan roti tersebut ..
Pernah cuba Mighty White Butterscotch Cheese Bun ? sedap juga .cuba tapi tu la .. Stock limited sangat . Cepat je habis ..
Tatacara Mengibarkan Jalur Gemilang
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tatacara Mengibarkan Jalur Gemilang Semangat patriotik boleh diterjemahkan dengan pelbagai cara termasuk mengibarkan Jalur Gemilang. Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara, menaikkan dan menurunkannya hendaklah dalam keadaan tertib dan cara yang sopan.Tapi korang tahu tak terdapat beberapa cara mengibarkan Jalur Gemilang?
Tatacara mengibarkan Jalur Gemilang
1.Sebelum menaikkan Jalur Gemilang, uji dulu tali bendera bagi memastikan tali teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan Jalur Gemilang jatuh atau bergerak berayun-ayun tidak tentu kibarannya.
2.Sebelum Jalur Gemilang dinaikkan, pastikan bendera dalam keadaan yang baik dan tidak terbalik.
3.Mereka yang menaikkan dan menurunkan Jalur Gemilang hendaklah berpakaian kemas.
4.Menaikkan dan menurunkan Jalur Gemilang hendaklah dengan tertib iaitu perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya dahulu dan kemudian menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama ialah menaikkan semula bendera tersebut sepenuhnya dan kemudian menurunkannya terus.
5.Jalur Gemilang janganlah diletakkan di tanah semasa hendak menaikkannya.
6.Jalur Gemilang janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannya tetapi hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila sampai ke bawah.
7.Selepas digunakan, Jalur Gemilang hendaklah dilipatkan dan disimpan dengan baik di tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya.
Jom kibar Jalur Gemilang dengan cara yang betul!
BigPot Porridge RM10 sahaja ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
BigPot Porridge RM10 sahaja ? Selera makan CCL masih lagi tidak berapa nak ada semenjak dua minggu ni , so menu bubur nasi ataupun menu yang berasaskan sup-sup je lah yang dapat menambat selera perut ni . Sepanjang demam ni masak bubur nasi , tak pun kalau nak ubah selera sikit beli jer bubur MCD tak pun bubur MarryBrown . Pagi tu CCL pergi pasar tani , ternampak la satu khemah tertera dengan banner "Bigpot Porridge" . wah kaki laju je terjah ke situ , sekali pandang nampak menarik juga bubur nasi ceduk-ceduk ni .
Bigpot Porridge ni sama macam bubur nasi berlauk , tapi bubur ni kita boleh customize mengikut topping apa yang korang pilih . banyak jugak la topping yang ada di sini . harga pun mengikut topping yang korang add on .
So, ralit tambah itu dan ini maka bigpot Porridge CCL berharga RM10 , tapi memang berbaloi weii potion dia memang banyak dan memang puas hati la .. Macam ni tiap-tiap hari beli pun tak pa kan ..
Topping yang CCL pilih adalah bubur nasi ikan bilis, lobak masin, chicken floss, bergedil, sambal kicap , daun bawang dan bawang goreng .
Ikan bilis yang diletakkan memang rangup, bukan goreng biasa-biasa tai ia digoreng dengan sambal sehingga kering la. Memang crunchy , sula sangat .. Chicken floss dalam bigpot porridge ni memang banyak kali jugak la rasa , sambil-sambil makan chicken floss ni kadang-kadang ada rasa gabungan halia . Memang wow sangat rasanya . Bergedil pulak memang terbaik, saiznya yang besar dan sedap . Sambal kicap pun memang padu .. Overall bigpot porridge memang sedap .. Boleh repeat lagi lah ..
Untuk korang yang sakit, yang hilang selera makanan boleh la try bigpot porridge ni . Pelbagai topping dan sambal yang ada . Nak pedas mahupun tak pedas ikut cotarasa korang .. Next time rasa macam nk cuba topping daging dendeng pulak ..
Kenali Leftenan Adnan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kenali Leftenan Adnan Leftenan Adnan atau nama penuhnyaAdnan bin Saidi dilahirkan di Sungai Ramal, Kajang pada 1915. Pada 1933 apabila Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ditubuhkan, beliau yang ketika itu berusia 18 tahun antara orang pertama yang menyertainya.
Adnan menjadi pegawai tentera Melayu pertama apabila dinaikkan pangkat sebagai Sarjan pada 1936 seterusnya menjadi Kompeni Sarjan Mejar pada 1937. Beliau menjadi Leftenan selepas mengikuti kursus di Singapura & dilantik mengetuai Platun 7 Kompeni C RAMD.
Pada Disember 1941, Jepun mendarat di pantai timur Tanah Melayu, pantas mara ke selatan & berjaya menakluk seluruh semenanjung dalam masa hampir 2 bulan, memaksa tentera British berundur ke Singapura sebelum Jepun sampai ke situ pada 7 Februari.
Meletus Pertempuran Pasir Panjang pada 13 Februari, menyaksikan Jepun berjaya menembusi barisan pertahanan pertama. Pada lewat malam itu, Kompeni C berkekuatan 42 anggota pimpinan Lt. Adnan diarahkan untuk bertahan Bukit Candu.
Pertempuran diteruskan keesokan paginya & awal petang itu, Lt. Adnan berjaya mematahkan serangan berhelah Jepun yang menyamar sebagai tentera Sikh. 2 jam selepas berundur, Jepun hadir semula dengan gelombang serangan penghabisan.
Kompeni C kehabisan peluru & semakin ditekan, namun tidak dapat berundur kerana tali air yang dicemari minyak terbakar memisahkan mereka dengan barisan belakang. Maka Lt. Adnan mengarahkan pasukannya untuk lawan hingga ke hujung nyawa.
Akhirnya Lt. Adnan yang cedera parah ditangkap Jepun, diseksa & digantung/diikat pada sebatang pokok ceri lalu ditikam dengan bayonet sehingga menemui ajalnya di usia 27 tahun. Jepun berjaya menakluk Singapura esok harinya, pada 15 Februari 1942.
Keberanian Lt Adnan diakui General Yamashita yang mengatakan “Jika ada 10 orang lagi seperti Lt. Adnan, Jepun memerlukan 10 batalion lagi untuk menakluk Tanah Melayu.”
Sumber: Berita Tentera Darat Malaysia, The Patriots
Tonton Episod 1 Hingga 28 Drama Ash Dan Aish
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sinopsis Drama Ash Dan Aish
Ash Dan Aish mengisahkan seorang gadis kampung bernama Aisha, yang berhati kental. Semua ahli keluarga dia meninggal dunia dalam satu kemalangan dan dia hampir dicabul oleh suami mak saudaranya sendiri yang tamak dengan harta keluarga Aisha. Dia melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru.
Ashrafi, pemuda misteri yang selalu membeli lollipop dan makanan kucing di kedai serbaneka tempat Aisha bekerja. Disebabkan kesempitan hidup di kotaraya, Ash mempelawa Aisha bekerja di café milik Ash sendiri. Aisha menerima tawaran Ashrafi untuk bekerja kat sana.
Uniknya Sanctuary cafe, pekerja- pekerja di sana sebenarnya mempunyai kisah hitam masing-masing dan mereka diberi peluang oleh Ashrafi untuk membina hidup baru.
Dalam nada bergurau, Aisha menawarkan diri untuk menjadi isteri Ashrafi supaya dia tidak perlu sentiasa membantunya mencari tempat tinggal. Cadangan Itu rupanya diambil serius oleh Ashrafi.
Mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Malangnya Ashrafi kemalangan dan koma. Sewaktu di hospital, Aisha terkejut melihat Ashrafi bangun dan bercakap seperti biasa.Namun apa yang Aisha lihat ternyata hanya roh Ashrafi sahaja. Disebabkan itu Ashrafi meminta Aisha untuk menolongnya sedar dari koma.
Tonton Episod Penuh Drama Ash Dan Aish
Tonton Episod 1 Drama Ash dan Aish
Tonton Episod 2 Drama Ash dan Aish
Tonton Episod 3 Drama Ash dan Aish
Tonton Episod 4 Drama Ash dan Aish
Slot Megadrama : Drama Ash Dan Aish
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Slot Megadrama : Drama Ash Dan Aish Drama adaptasi novel 'Ash Dan Aish' karya Maya Adira akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam mulai 10 Ogos 2022 di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104). Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini diarahkan oleh sutradara terkenal, Helmi Yusof, menampilkan gandingan pelakon utama Meerqeen dan Siti Khadijah Halim.
Drama Ash Dan Aish
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria 104
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Helmi Yusof
Produksi: Suhan Movies & Trading
Watak Pelakon Drama Ash Dan Aish
Meerqeen sebagai Ash
Siti Khadijah Halim sebagai Aish
Nadhir Nasar sebagai Izhan
Anna Jobling sebagai Dalila
Norreen Iman sebagai Kak Wati
Harissa Adlynn sebagai Amni
Asha Merican sebagai Izma
Idzham Ismail sebagai Anwar
Nada Syuhada sebagai Jihah
Arash Mohd sebagai Hj Adnan
Zarina Zainuddin sebagai Puan Suraya
Dato’ Rosyam Noor sebagai Aziz Irfan
Andy Teh sebagai Assad
Zizi Hazirah sebagai Juita
Muhammad Irsyadi sebagai Rudy
Syahir Shafein sebagai Eddy
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Kuza Muzani sebagai Hajah Zarina
Zainol Mcwilson sebagai Encik Mukhtar
Rahim Omar sebagai Haji Rahim
Sinopsis Drama Ash Dan Aish
Ash Dan Aish mengisahkan seorang gadis kampung bernama Aisha, yang berhati kental. Semua ahli keluarga dia meninggal dunia dalam satu kemalangan dan dia hampir dicabul oleh suami mak saudaranya sendiri yang tamak dengan harta keluarga Aisha. Dia melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru.
Ashrafi, pemuda misteri yang selalu membeli lollipop dan makanan kucing di kedai serbaneka tempat Aisha bekerja. Disebabkan kesempitan hidup di kotaraya, Ash mempelawa Aisha bekerja di café milik Ash sendiri. Aisha menerima tawaran Ashrafi untuk bekerja kat sana.
Uniknya Sanctuary cafe, pekerja- pekerja di sana sebenarnya mempunyai kisah hitam masing-masing dan mereka diberi peluang oleh Ashrafi untuk membina hidup baru.
Dalam nada bergurau, Aisha menawarkan diri untuk menjadi isteri Ashrafi supaya dia tidak perlu sentiasa membantunya mencari tempat tinggal. Cadangan Itu rupanya diambil serius oleh Ashrafi.
Mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Malangnya Ashrafi kemalangan dan koma. Sewaktu di hospital, Aisha terkejut melihat Ashrafi bangun dan bercakap seperti biasa.Namun apa yang Aisha lihat ternyata hanya roh Ashrafi sahaja. Disebabkan itu Ashrafi meminta Aisha untuk menolongnya sedar dari koma.




























