Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tambah collection tudung lagi . Kali ni bawal printed dari LeeyanaRahman . Edisi MonoClaire design-design monogram juga . Jatuh hati pada corak monogram LR ni . gabungan warna pun memikat mata CCL tau .. perempuan kan , selagi tak beli selagi tu la akan buka tengok sehinggalah tekan proceed checkout . Sebenarnya dari sebelum tarikh release haritu lagi memang dah aim tudung monoclaire design ni . Elok-elok jer release terus proceed checkout . Hahh terus rasa bahagia . Haaaa ..
Material tudung kali ni memang sangat best menggunakan material dari chiffon velvet . Awning senang bentuk . Material tak jarang , berat dah sangat terletak elok tau . Kualiti design printed ni pun sangat fall in love . Macam biasa hujung tudung ada signature dan tagging dari brand LeeyanaRahman . Keluaran kali ni baby seam pada kekemasan tepi tudung . Bukan laser cut tau ..
Selain dari material tudung chiffon velvet yang memukau tu , ia juga hadir dengan packaging yang ekslusif iaitu hadir dengan ziplock bag . Paling best bau tudung ni luxurious scent tau .. bau wangi ..bau ala-ala orang kaya .. bidang tudung ni macam biasa 45 ..
Edisi MonoClaire ni ada lagi design lain . Semuanya cantik-cantik . CCL idok laa nak memborong semua , kang tak sempat nak memakai haaa .. Design yang CCL beli ni MonoClaire code Anna ..
U guys yang berkenan design ni pergi checkout dekat LeeyanaRahman , atau boleh beli dengan agent-agent diorang di platform media sosial
Assalamualaikum dan salam sejahtera
CCL nak share koleksi tudung lagi ..jangan jemu untuk singgah dan baca celoteh CCL ni . Semalam CCL ada kongsi dengan u guys tudung bawal keluaran dari Shawl Publika Edition Timeless Monogram .
CCL ada beli dua helai , satu code sand boleh tengok di Tudung Bawal Shawl Publika Timeless Monogram | Code Sand dan helaian kedua ni CCL pilih code off white . U guys kat luar sana yang macam tak berapa nak confident nak pakai tudung putih . CCL syorkan u guys beli sehelai tudung printed ni . Design oun minimalist . Design monogram signature dari brand SP . Cantik tau ..
Based tudung ni warna off white dan design monogram signature SP warna coklat . So corak ni memang agak timbuk sedikit la berbanding korang pilih code sand . Apa-apa pun memang CCL sangat fall in love .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sekarang ni CCL banyak pakai tudung bawal berbanding shawl . Kalau ada design yang berkenan di mata CCL beli juga laa sehelai dua macam tu , lagi-lagi kalau design monogram macam ni memang fall in love sangat tau .
Beberapa minggu lepas tudung bawal Shawl Publika ada keluarkan series Timeless Monogram . Cantik ! . CCL tertarik dengan corak yang ekslusif tu , design monogram signature dari Shawl Publika . Material tudung ni dari premium cotton voile , senang bentuk tau . Bidang macam biasa bidang 45 . Ada signature tagging shawl publika pada hujung tudung dan juga jahitan tepi yang sangat kemas .
Tudung bawal Shawl Publika edisi Timeless Monogram ada banyak pilihan warna tau . Semua cantik memang rambang mata laa . Untuk kali ni CCL memilih code sand . Warna lembut earth tone gitu ..
U guyss suka dengan tudung bawal corak monogram yang minimalist ni boleh terjah Shawl Publika .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tudung Bawal Minaz | Butterfly Edition Code Champagne CCL dah ada collection tudung bawal Minaz . Ni first time CCL pakai tudung bawal jenama Minaz . Sebelum-sebelum ada beli hadiahkan untuk kawan . Kali ni CCL beli untuk pakai sendiri .. CCL beli bawal plain tau ni Butterfly Edition . Code yang CCL pilih ni adalah code Champagne .. Cantik warnanya tak laa terang sangat . Lembut jerr ..
Tudung bawal Minaz Butterfly Edition
- Mempunyai bidang 45 & 55
- material dari premium cotton voile
- Jahitan tepi kelim paku yang sangat kemas
- Bertatahkan batu-batu kecil yang berkilauan .
- Ada tagging Minaz
Selesa sangat pakai bawal jenama Minaz ni , lagi-lagi material tudung premium cotton voile . Tak jarang awning pun mudah nak di bentuk . Paling best tudung bawal plain berwarna champagne ni ada sedikit bertatahkan batu berkilauan . Batu tu bukan batu biasa tau . Batu yang diletakkan pada tudung tu halus dan memudahkan ketika iron . Tak ada isu iron calar kena batu tersebut .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kalau korang ada baca entri yang sebelum ni pasti korang tahu , Siti , student internship di office CCL dah pun habis intern di sini .. so sebagai penghargaan tanda kenangan dia dengan CCL . CCL hadiakan dia sehelai tudung bawal Shawlpublika . Mungkin nanti bila Siti pakai tudung ni auto terus ingatkan CCL dan segala kenangan dia dengan CCL .
Cantikkan design tudung bawal Shawlpublika ni , tanah putih border hijau matcha githu, design bunga kecil-kecil . Material sudah semestinya cotton .
So itulah pemberian dari CCL yang tak seberapa . Tanda ingatan dan juga kenangan untuk dia ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
LeeyanaRahman Bagi Popia Simpul, Batang Buruk & Florentine Kaum-kaum hawa sekalin, jangan tanya siapa LeeyanaRahman tau. Jangan cakap tak kenal LeyanaRahman . Okay ! Okay ! Kalau tak kenal jugak CCL perkenalkan LeeyanaRahman ni adalah founder baju dan juga tudung . So apa kena mengena dia dengan biskut raya ni ? Leeyanna bagi biskut raya untuk CCL ? Ehhh tidaklah sekali nok , CCL bukannya artis .haha ..
Sebenarnya LeeyanaRahman ada keluarkan collection tudung bawal terbaru edisi 'Indahnya raya'. So semua code-code tudung nama kuih raya . So jangan terkejut . Seperti biasa asal tengok bukan tengok sahaja , asal tengok terbeli juga . Anggap ini sebagai self rewards setelah berkerja beberapa jam .
Tudung bawal LeeyanaRahman edisi Indahnya Raya Code Batang Buruk
Berkenan dari segi design dan juga combination warna yang cantik . Base colour light nude digabungkan dengan warna khaki . Paling CCL suka design ni adalah corak monogram berbentuk LR .
Tudung bawal LeeyanaRahman edisi Indahnya Raya Code Popia Simpul
Base colour pink yang lembut, hadir dengan corak bunga dusty pink dan disulam dengan corak chain diamond biru . Memang cantik bagi mata CCL . Walaupun collection tudung pink ni dah banyak , tetap tambah juga untuk design ni
Tudung bawal LeeyanaRahman edisi Indahnya Raya Code Florentine
Base colour cream . Base pada corak pulak warna dusty green , hadir dengan corak chain jugak . Love sangat .
Material bagi tudung bawal kali ni menggunakan material kain Velvet Chiffon . tudung bawal yang lembut dan flowy, walaupun material agak lembut awning tudung tetap on point tau . Dan lagi satu setiap collection tudung bawal LeeyannaRahman ni juga ada bau wangian mahal yang tersendiri . Hadir dengan bidang 46inchi dengan harga RM29 untuk sehelai .
Banyak design yang LeeyanaRahman keluarkan . Design-design hot memang limited siap seller buat pembelian combo .
So kalau hangpa berkenan godek-godek la dekat LeeyanaRahman . Confirm hangpa akan tergoda .