Assalamualaikum dan salam sejahtera
Belikan Sling Bag Hadiah Untuk Birthday Kawan dua minggu lepas birthday kawan CCL . Tak sempat nak celebrate apa-apa , masing-masing wish birthday sahaja . Tak ada celebrate buat makan-makan lagi atas faktor tertentu . Dua hari lepas CCL cuti ada attend satu event di Alor Setar . Cuti pun macam kerja juga , selesai event terus singgah Aman Central nak mencari hadiah untuk kawan CCL ni . Alang-alang ada masa free sedikit ni teruskan mencari .
Sebenarnya memang tak tahu nak beli hadiah apa, jalan punya jalan .. servey punya servey akhirnya dah dapat idea nak beli hadiah yang sesuai.
Looks ! CCL belikan sling bag . Reka bentuk yang simple bahagian dalam ada dua compartment . CCL pilih warna hitam , antara salah satu warna basic boleh gayakan dengan semua jenis outfit .
Dah siap letak dalam kotak sling bag , terus balut . Kejap lagi nak bagi dekat kawan CCL . Hadiah belated bufday sebab terlambat bagi .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kalau korang ada baca entri yang sebelum ni pasti korang tahu , Siti , student internship di office CCL dah pun habis intern di sini .. so sebagai penghargaan tanda kenangan dia dengan CCL . CCL hadiakan dia sehelai tudung bawal Shawlpublika . Mungkin nanti bila Siti pakai tudung ni auto terus ingatkan CCL dan segala kenangan dia dengan CCL .
Cantikkan design tudung bawal Shawlpublika ni , tanah putih border hijau matcha githu, design bunga kecil-kecil . Material sudah semestinya cotton .
So itulah pemberian dari CCL yang tak seberapa . Tanda ingatan dan juga kenangan untuk dia ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Farawell Internship : Terima Kasih Siti !! Setiap pertemuan tidak lengkap kalau tanpa perpisahan . Begitulah kehidupan. Hari ni hari terakhir Siti iaitu pelajar praktikal di office CCL . Setelah 2 bulan bersama, hari ni masing-masing kena redha dengan keadaan .. Siti , pelajar praktikal yang buatkan office lagi bertambah happening , tanpa Siti memang tak semeriah macam biasa .. kalau ada dia office memang luar biasa dah macam pasar malam gitu .
Farawell Siti !!
Plan last minit !. Dua hari sebelum hari terakhir Siti kat sini baru masing-masing plan nak buat sedikit makan-makan untuk meraikan Siti . Alhamdulillah walaupun plan last minit , semuanya berjalan dengan lancar .. ala-ala portluck . Semua orang bawa makanan sorang sedikit . Tapi yang bestnya si Siti memang tak tahu kitaorang satu office nak buat makan-makan .. sampailah semua makanan terhidang , tersusun atas meja barulah dia rasa kitaorang semua sambut farawell untuk dia .
Antara makanan yang ada
- Laksa
- Bihun goreng
- Pau goreng
- Baby donut
- Kek
- Anggur
- Pizza
- Air berkarbonat
Alhamdulillah, walaupun tak semeriah mana makanan , tak sempat nak setup cantik-cantik janji plan menjadi . Nama pun last minit kan.
Kek farawell untuk siti ..
Pizza . Sponser by Siti . Disebabkan satu office buat makan-makan tanpa pengetahuan dia , dia decide untuk order pizza .
Alhamdulillah kenyang, syukur alhamdulillah semua plan berjalan dengan lancar ..
Untuk Siti, terima kasih sepanjang perkenalan selama 2 bulan , terima kasih happeningkan office, Serius cakap Siti antara pelajar praktikal yang lain dari yang lain . Dia dengan CCL memang rapat sangat bagai adik dan kakak , walaupun baru sekejap perkenalan ..
Terima kasih .. selamat maju jaya di luar sana .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tudung Bawal Minaz Untuk Internship Betul lah ayat yang kita sering dengar ataupun baca di mana-mana "setiap pertemuan pasti ada perpisahan" . Memang betul-betul terjadi . Nak tak nak kena redha lah kan ..6 Januari 2023, beberapa hari lepas merupakan hari last untuk intership di office CCL . Setelah empat bulan macam tue, seledai sudah intership beliau . So kembali kepada asal .
Gembira , tertawa, sedih semua ada . Dalam tempoh empat bulan masing-nasing dah serasi, gelak ketawa, mengusik sana sini . Riuh..hahhh bila dah habis intership agak sunyi la sikit . So memandangkan hari tersebut merupakan hari last dia untuk dia . CCL decide untuk beli hadiah tanda penghargaan beliau selama empat bulan internship di sini .
Tudung bawal Minaz
CCL memilih untuk hadiahkan dia dua helai tudung bawal Minaz . CCL suka hadiahkan orang barang yang boleh dipakai lama, tak kisahlah tudung, baju or barang-barang yang boleh tahan jangka waktu yang lama berbanding makanan . Sebabnya kalau hadiahkan tudung, baju, jam or barang-barang lain if beliau pakai confirm-confirm akan ingat ohh barang ini pemberian dari sesiapa-sesiapa kan . Begitu juga rakan-rakan blogger yang pernah hadiahkan barang-barang . Amat hargai sangat . At least kalau kita guna auto teringat siapa yang bagi kan ..
Ok berbalik pada tudung bawal Minaz CCL memilih design flora . Kalau disebut flora of course laa ada bunga-bunga . Warna pun kedua-dua helai tudung CCL memilih warna-warna soft .
Tudung bawal Minaz ini code Madeena Lime . Warna memang betul-betul soft . Cantik gabungan warna .
Tudung bawal Minaz code Madeena Lilac sand . Gabungan warna lilac dan warna sand sangat cantik .
Ok bagi material tudung bawal Minaz ini memang sangat selesa iaitu menggunakan material dari Cotton Voile . Bidang tudung adalah 45cm . Bidang besar juga . Setiap pembelian tudung hadir dengan packaging ziplock dari Minaz dan signature ekslusif dari Minaz .
Eh ! Bagi tudung bawal pun nak menunjuk, perlu ke update di dalam blog ? Hah kalau orang hatinya busuk mesti terlintas dari isi hati macam tu . Tapi sebenarnya bukan nak menunjuk , sekadar berkongsi kenangan kenangan indah bersamanya dan lagi satu CCL kongsi mana tahu kalau-kalau ada yang berkenan nak beli tudung bawal Minaz , design yang sama CCL beli terbekenan kan.Memang sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buat keluarga dan rakan-rakan untuk meraikan hari-hari teristimewa .
Hangpa yang mana berkenan corak-corak di atas boleh la terjah mana-mana seller yang jual tudung Minaz . CCL macam biasa beli di shopee