Berkenan Pulak Tudung Bawal Printed Corak Fendi

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Berkenan Pulak Tudung Bawal Printed Corak Fendi Beberapa hari lepas CCL ada share dengan korang, CCL ada beli dua helai tudung bawal printed dari Zoe Arissa . Korang yang belum terjah entri tu jemput la membaca Tudung bawal printed Zoe Arissa .. Terima kasih tau .. Ehh entri ni belum tamat disini .. Macam biasa godek-godek tudung di Shopee , bila rasa berkenan terus beli .. So hari ni nak kongsi parcel tudung sampai lagi ..


Beli tudung bawal printed lagi 

Kembali bersama CCL lagi dalam entri CCL beli tudung bawal printed lagi. Penangan nak kenduri punya pasal , terbeli lagi 2 helai tudung bawal bercorak .. Bila dah ada 3 tiga majlis iaitu majlis akad nikah , majlis sanding pihak perempuan dan majlis sanding pihak lelaki of course la kena ada 3 sut baju yang berbeza warna untuk setiap majlis .. 


FASHION, TUDUNG BAWAL ,TUDUNG BAWAL PRINTED,TUDUNG BAWAL PRINTED MURAH,TIPS PEMILIHAN TUDUNG BAWAL,BOUQUET TUDUNG BAWAL,GAYA PEMAKAIAN TUDUNG BAWAL,


Hari tu dah beli tudung bawal printed warna dusty green dan warna khaki .. Warna dusty green untuk dipakai masa majlis nanti  , warna khaki pulak beli untuk tambah lagi koleksi tudung yang ada . Kali ni CCL terbeli pulak dua helai tudung bawal printed, warna yang sama, corak yang sama iaitu warna navy blue bercorak printed Fendi..corak yang sangat simple satu untuk CCL dan adik perempuan CCL . Macam yang dia maklum memandangkan baju warna plain yang kosong tiada bercorak cantik juga kalau gayakan dengan tudung printed yang bercorak kan ..


Material tudung ni pun 100% cotton dan hadir dengan bidang 45 ..memang sangat-sangat selesa untuk dipakai ..ada banyak beberapa pilihan warna , tapi sayangnya dah banyak sold out ..mujur CCL masih sempat order warna navy blue ..


Rasanya macam nak repeat order tudung bawal printed Fendi ni dengan warna lain pulak. CCL suka dengan corak yang sangat minimalist . Macam biasa order melalui shopee ..harga pun hanya belasan ringgit . Mampu milik.



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Rajin juga CL pakai bawal. Saya pun pakai juga sebab rasa cantik kalau pakai yang 4 segi.

    BalasPadam
  2. Cantik. Akak pun tumpang berkenan hehehe

    BalasPadam
  3. cantik..sama taste kita yana, akak pun jenis suka design yang tak crowded..macam corak ni, lulus dengan taste akak...

    BalasPadam
  4. Wahhhhh.. Bertambah tambah koleksi.. Nice design, minimalist je..simple gitu...Saya pun ada add to cart beberapa tudung.. tapi.. belom check out lg 😂

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan