Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lauk Kenduri Gulai Daging Batang Pisang Semenjak dua minggu ni sibuk sikit dengan kenduri mak menakan . Alhamdulillah ketiga-tiga majlis sudah pun selesai. Syukur, ketiga-tiga majlis berjalan dengan lancar . InsyaAllah nanti CCL akan share rentetan majlis . Saja tulis simpan buat kenang-kenangan akan datang .
Ok berbalik pada tajuk "lauk kenduri gulai daging batang pisang" ? Hah kalau korang orang utara especially orang Kedah tak pun pergi makan kenduri area-area Kedah, boleh dikatakan menu gulai daging batang pisang atara menu wajib . Menu ni juga merupakan antara salah satu menu favourite CCL , kalau kenduri kat Perlis ni susah nak jumpa tak pun kedai-kedai makan lauk pauk masakan kampung memang susah nak dicari . Pantang ada kenduri area-area Kedah yang dijemput mesti terbayang-bayang menu ni . Tapi CCL tak nyatakan semua la .
Ini menu lauk-pauk sebelah pengantin lelaki , ada gulai batang pisang , ayam goreng tepung, sambal belacan serta menu tambahan laksa utara dan juga apam balik . Memandangkan perut pun tengah lapar, ceduk jer semua menu yang disediakan sampaikan terlupa untuk letak sedikit kuah gulai ke atas nasi .. Gigih waktu tu pilih daging dan juga batang pisang, alih-alih dah duduk di meja baru sedar terlupa nak ceduk kuahnya . Mujur ada juga saki bakinya sedikit . Semua menu memang sangat-sangat sedap .
Menu tambahan laksa utara dan juga apam balik pun CCL bedal jugak lepas makan nasi . Air pun ada tiga jenis iaitu air balang sirap, soda herbs dan jagung vanilla. Air pun bukan calang-calang juga ya, empat cawan dok ulang alik pi ambik . Sebab dahaga dan sedap sangat . Part air balang tak sempat nak tangkap gambar sebab ramai sangat yang beratur kat situ .
Menu sedap, perut kenyang alhamdulillah . Rezeki Allah Taala ..
9 Ulasan
Gigih CCL ulang alik ambik.
BalasPadamAkak malas, sudahnya terkenang2 apesal tak ambik lagi air teh tarik sedap kat kenduri tadi. Padan muka 😆
Tudiaaa....
BalasPadamnalla punya menu...tengok pun telioq...Saya pun minggu lepas dan juga makan 2 kenduri..tapi tu la depa tak boh batang pisang pulak..
Best kan kenduri kat utara
serius terliur macam nak pegi cari esok hahaha. alia taw kedai ada jual daging batang pisang tp tulah malas nak drive jejauh. masa pregnant dulu kerap gila p makan.
BalasPadamYa ampun sedapnya lauk kenduri. Nak jumpa lauk macamni area kampung je
BalasPadambelum pernah rasa lagi gulai kenduri umbut pisang ni. Selalu belah pantai timur ni umbut kelapa aje
BalasPadammenu rare ni...susah nak jumpa. sedappp
BalasPadamBaca tajuk entri pun dah terliur ni ha... dapnya! Lama tak makan gulai batang pisang.
BalasPadammacam sedap tengok lauk gulai daging batang pisang tu...tak pernah try...kalau terjumpa nak juga cuba sebab tak pernah makan masakan yg ada batang pisang cam ni...
BalasPadamsedapnyaa lauk kenduri mcm ni. kt kedah saja yg jumpa pun
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan