Mighty White : Butterscotch Cheese Bun

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Mighty White : Butterscotch Cheese Bun CCL jarang-jarang sekali beli roti dari keluaran Mighty White . Tapi sejak CCL cuba Butterscotch Cheese Bun dari Mighty White terus jatuh cinta . Selalunya kalau nak beli roti of course la pilihan utama dari keluaran Gardenia .tapi Gardenia memang tetap pilihan di hati . Kelembutan roti tiada tandingannya . Acewahh ..


FOOD, BUTTERSCOTCH CHEESE BUN, MIGHTY WHITE , ROTI MIGHTY WHITE , MIGHTY WHITE BUTTERSCOTCH CHEESE BUN , REVIEW, HARGA ROTI , HARGA ROTI MIGHTY WHITE , HARGA ROTI BUTTERSCOTCH CHEESE BUN


Dah rasa ke Butterscotch Cheese Bun ? 

Hahh hari tu masa beli barang kat salah satu pasaraya ni , CCL ternampak Butterscotch Cheese Bun  . Ada pun satu pek sahaja tinggal di rak bahagian letak roti . .tengok punya tengok ehh rasa teringin pulak nak rasa . Nampak macam menarik gandingan butterscotch bersama cheese parut . So apa lagi campak je dalam troli . Nampak tak time beratur nak bayar barang-barang sempat lagi tau tambah barang makanan dalam troli . Hahahhaa.. Bab makanan tak boleh berkira sangat . Asal teringin nak makan beli je . 


Sesudah sampai di rumah , tak,buang masa dah terus bancuh segelas nescafe of course la air kesukaan CCL , koyak je plastik roti tersebut so dapat la rasa roti tersebut . Memang lembut dan,of course la rasanya sama dengan nama yang diberikan . Roti bun, di atasnya disapukan butterscotch dan ditaburkan cheese parut kemudian diorang masukkan ke dalam oven untuk bakar . Wahhh rasanya memang sangat ngammm .. Memang sedap sangat ..


Tapi itulah keluaran Butterscotch Cheese Bun dari Mighty White ni rasanya limited . Tak semua kedai yang ada . Nak beli pun ada hari-hari tertentu . Harga pun berpatutan juga .


Ehh ! Kat tempat korang ada jumpa tak Butterscotch Cheese Bun ni ? 


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Tak pernah nampak lagi bun ni kat kedai. Nampak sedap tu.

    BalasPadam
  2. Nanti saya tengok di pasaraya Mydin tempat saya.

    BalasPadam
  3. Ada cumanya dijual di kedai-kedai yang tak popular.. Rezekilah kalau terjumpa..

    BalasPadam
  4. Sedap tu. Harap dapat makan jugak nanti.

    BalasPadam
  5. tak pernah jumpa..nnti ada nampak kat mana-mana, akak cuba beli..suka gak cheese2 ni...

    BalasPadam
  6. Sini belum lagi. Xpernah nampak. Tapi nampak sedap. Lapar pula 🤣

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan