Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tahniah !! Status Permohonan Google Adsense Berjaya . Sebagai seorang blogger sudah semestinya ada impian untuk jana pendapatan melalui blog . Kalau dulu ya memang create akaun blog semata-mata hanya untuk diari online harian, suka kongsi apa-apa cerita di lama blog . Tapi bila tahu dari rakan-rakan, blog juga boleh mendatangkan duit melalui saluran yang betul so takkan tak nak cuba kan ..CCL pun buat research .
Sepanjang guna akaun blog ni , 3 kali CCL tukar nama blog sekali link blog . Dan akhirnya CCL memutuskan untuk stay maintain dengan nama blog yang sedia ada sekarang ni iaitu CikCappuccinoLatte. Walaupun dah lama terjebak dalam bidang blog . CCL masih lagi 50% - 50% untuk memakai domain sendiri . Hari tu ada terbaca entri blogger Atiqah Najihah mengenai domain blog beliau . Lepas baca , ada juga perasaan ingin cuba untuk pakai domain sendiri .akhirnya sampai ke hari ni blog CCL belum lagi memutuskan untuk beli domain . InsyaAllah satu masa akan datang blog akan ada domain juga .
Rentetan perjalanan Adsense
Oh berbalik kepada tajuk, dua tahun lepas iaitu tahun 2020 , CCL beranikan diri untuk membuat permohonan untuk Google Adsense . Malangnya bukan senang juga untuk menunggu permohonan Google Adsense diapprove oleh pihak sana . Lama juga tau !! Ikut nasib dan rezeki masing-masing . Macam blog CCL buat permohonan Google Adsense pada tahun 2020, itu pun masih tidak berjaya sebab ada kriteria-kriteria yang tidak lepas . So kena betulkan dahulu apa yang Google Adsense nak , kadang-kadang rasa giveup jugak la dengan Google Adsense ni . Tapi tak putus asa untuk buat rayuan permohonan Google Adsense ni . Dan akhirnya pada tahun 2021 bertarikh 30 Julai 2021 akhirnya status permohonan Google Adsense berjaya ..
Tahun 2021 akhirnya status permohonan Google Adsense berjaya !
Bila check akaun Gmail sekali terkejut jugak laa bila nampak perkataan "status permohonan akaun anda berjaya" . Syukur alhamdulillah, sedih dan gembira memang tak dapat digambarkan . Alhamdulillah walaupun blog tidak mempunyai domain , CCL cuba juga untuk mohon Google Adsense . Alhamdulillah terima kasih Allah walaupun penantian tu agak lama dapat juga merasa blog bekerjasama dengan Adsense .
Apa yang membuatkan Google Adsense Approved
Tak nafikan bukan mudah nak jana pendapatan dengan Google Adsense ni . Perlu buat research dengan otai-otai blog . Sentiasa cari ilmu berkaitan dengan Adsense ni . Antara salah satu yang boleh dikatakan perkara yang paling penting untuk Google Adsense approved adalah sentiasa menjaga konten blog , dari segi penulisan dan isi kandungan yang bermanfaat
Antara sebab gagal untuk mohon Google Adsense
-konten yang tidak memadai @ tidak mencukupi
-usia blog terlalu muda
-template blog tidak responsive
-navigation yang tidak jelas
- ada banyak gambar dalam konten yang copyright
-kadar trafik blog yang masih rendah
Alhamdulillah hari ni genap setahun Google Adsense bersama blog CCL . Income dari Adsense pun semakin hari semakin naik , kadang banyak dan kadang sedikit sahaja . Alhamdulillah setiap hari ada dari zero sahaja . Umpama satu ayat sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit . Doakan CCL sentiasa ada idea yang boleh memberi konten yang bermanfaat dan doakan CCL mampu keluarkan duit dari Adsense . Aamiin..aamiin
Bagi korang , if blog korang belum diterima oleh pihak Google Adsense, usah risau dan jangan putus asa ok . Sentiasa buat research perbaiki apa yang Google Adsense suka . InsyaAllah .
8 Ulasan
Tahniah sudah setahun rupanya.
BalasPadamP.S: Memang tidak jumpa roti yang CL beritahu pada pos lepas.
Mesti seronok kan
BalasPadamAlhamdulillah.. Tahniah
BalasPadamTahniah! :)
BalasPadamAlhamdulillah.. Tahniah :)
BalasPadamalhamdulillah.. tahniah.. adsense lah yg buatkan smngat pada seorang blogger
BalasPadamTahniah. Bukan senang nak dapat approval ni tau.
BalasPadamtahniah CCL..yea mmg rasa give up apply adsense..akak dah penah rasa..baper kali reject..selepas rejection demi rejection, bila dpt e-mail akaun dah approve..yeayyy. alhamdulillah dah 3x akak cash out dari adsense..keep writing CCL..sikit2 lama2 jadi bukit...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan